Allah tidak berapa suka dengan perkataan kenapa dan kalau. Tapi itulah yang sering manusia ajukan dan katakan.. Sama juga dengan aku. Kenapa jadi begini? Kalau begini kan bagus. Kenapa pula begitu? Kalau begitu kan bagus. Semuanya. Aku bukan manusia yang tabah. Adakala aku menangis bila aku diuji, disakiti, dikeji tetapi aku masih pasti, aku belum lagi berputus asa meminta pada Yang Maha Kuasa agar menjadi manusia yang tabah. Cuba bayangkan, yang berdiri di hadapan anda seekor arnah yang basah, comot, yang telinganya sudah menurun, dengan matanya yang kuyu, tanpa meminta simpati anda tapi hanya berdiri dan senyap membatu. Akulah arnab itu. Aku tidak mampu bergerak walau selangkah. Aku cuba melangkah, aku cuba bergerak, aku cuba walau dengan sedikit pergerakkan tapi aku masih kaku... Tubir mata perlahan lahan kabur.. Aku tahan, biar tekak rasa tersekat, aku biar tapi siapa aku untuk menolak kejadian Allah.. Ia mengalir jua menuruni lurah pipi. Aku cuba lagi, sejukkan hati dengan memgingati yang Maha Pengasih tapi masih jua aku gagal. Kerana di sebalik wajah comelku sebagai arnab, sebenarnya aku telah menceroboh ladang lobak orang lain yang aku ingat kepunyaanku. Lupa nak tengok papan tanda. Sekarang ni, aku tengah melihat ladang lobak subur, berfikir sama ada aku patut mengganti nya atau meninggalkannya atau memperbaikinya. Aku masih lagi seekor arnab yang comot.