Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Monday, April 2, 2012

Lelaki bermulut manis?

Aku berada dalam ambang ketakutan. Kenapa? Kerana mata kepala aku sendiri menyaksikan rakan rakan, sahabat handai ku dipermainkan oleh lelaki lelaki yang bermulut manis. Kalau rakan rakan dan lelaki itu tidak melibatkan aku, tidak lah aku trauma, tetapi ini melibatkan aku. Ish. Bagaimana harus aku memulakan? Erm.. aku mengenali seorang rakan ini sepanjang aku menjalani latihan di KJMPD, cukup sekadar aku namakan dia rita (pergh..nama marvelous tuh). Rita ini agak terkenal dengan sikap dia yang suka pakwe yang berjenis tough. Huhu. So, dia ramai kawan di kalangan yang sedemikian. Di antara ramai kawan kawan itu, dia rapat dengan salah seorang yang aku namakan sebagai Richard. Richard ni pernah berkawan dengan kawan Rita yang bernama Reena. Reena ini pulak kawan baik Rita. Dan sebelum ini, Reena selalu mencanangkan bahawa Richard ini seorang lelaki yang sangat baik. Berita itu tercanang sampai la ke pengetahuan aku yang tidak ingin nak mengambil tahu akan hal tersebut. Sampailah satu masa, Reena dan Richard clash, entah bagaimana Richard boleh pulak merapatkan diri dengan Rita. Maka oleh kerana seorang lelaki, terputus lah hubungan persahabatan yang dibina. Sepanjang berkawan, Rita bukan jenis perempuan yang suka mengalah dengan lelaki. Dia sentiasa nak menang. Maka selalu la Richard itu menghubungi aku untuk mengetahui perkembangan Rita, aku pula, jenis kawan yang sangat setia, bila aku dah declare aku berkawan dengan seseorang itu, aku akan sokong baik buruk dia. Jadi aku tidak pernah bercerita tentang keburukan Rita pada Richard, walaupun aku bersimpati pada nasib Richard yang seolah olah dipermainkan oleh Rita. Walaupun perangai Rita yang sedemikian, aku tahu Rita sangat menyayangi Richard. Sehinggalah pada suatu hari, Richard berkata pada Rita "semoga berbahagia". Rita cuak, dia bertanya kenapa, tapi Richard enggan menjelaskan apa apa, sedangkan sebelum ini Richard berjanji akan mengahwini Rita, membina keluarga yang bahagia malah pernah membawa Rita berjumpa dengan kedua ibu bapanya. Akhirnya, Rita meminta pertolongan aku untuk bertanya tentang perubahan sikap Richard. Lalu aku bertanya dengan gaya Kak Yong nye.. Kuikuikui..

Richard meminta maaf, dia berkata bahawa family dia telah memilih pasangan yang sesuai untuknya, tambahan pula dia telah menyebabkan perempuan itu mengandung 3 bulan. Aku rasa macam sakit hati sangat (walaupun bukan aku yang kena dalam situasi macam itu). Aku ceritakan pada Rita, dia menangis, aku tumpang bersimpati, namun apa daya, aku tidak mampu untuk berbuat apa apa. Allah itu Maha Berkuasa, seminggu selepas itu, Rita terserempak dengan kawan Richard, dan di situ lah segalanya terbongkar. Richard tidak berkahwin dengan pilihan keluarganya, dia bukan tunangan orang seperti yang dia katakan. Dia sengaja mereka cerita sebegitu untuk berpisah dengan Rita. Aku cuba bertanya pada Richard, dia pada mulanya menafikan. Akhirnya aku belit sedikit, dia mula mengaku (ala budak budak, serong sikit mula terperangkap). Dia berkata, dia mahu memilih perempuan yang TERBAIK untuk dia. Itu yang membuat aku semakin panas. Aku katakan dia tidak layak untuk mendapat seorang perempuan yang terbaik dengan perangai dia yang sebegitu, setelah mendapat perempuan, dia permainkan, dia sia-siakan, dia berikan harapan yang sekadar harapan, dan kemudian dia boleh berkata dia inginkan yang terbaik. Sungguh, bagiku dia tidak layak untuk mendapat yang terbaik. Aku mengamuk (kerana jiwa aku sakit bila melihat seorang perempuan dipermainkan). Aku marah kaw kaw punye, time tu kalau dia melawan, memang aku berani bertindak di luar batas pemikiran manusia. Huhu ~ Aku teringat pada kisah seorang lelaki yang aku kenal di Putrajaya beberapa tahun yang lepas, kisah dia hampir seperti ini, mempergunakan kelemahan aku (kerana waktu itu aku memang baru memeluk Islam) dan dia memang mengenali aku semasa aku Kristian. Itu yang menambahkan perisa aku tidak pernah mempercayai lelaki yang bermulut manis, yang menjanjikan bahagia. 

Aku takut untuk dilukai, aku memang terlalu melindungi diri sendiri sehingga menutup ruang bahagia yang sering kali mengetuk pintu hati aku. Hati aku mulai beku hanya kerana peristiwa demi peristiwa yang aku alami


0 comments:

Post a Comment