Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Tuesday, April 10, 2012

Ku ingin bina semula

Aku pernah ada istana. Yang aku bina dari pepasir pantai, namun bila gerimis, ianya ranap. Kerana aku tidak pernah mempertaruhkan harapan agar istana pasirku akan teguh. Mulanya, aku tersenyum bila aku melihat istana pasir mula mencair, bagi aku, senang untuk aku mencipta istana yang serupa itu. Tapi sebenarnya, dugaan aku tersasar, aku tidak mampu membina istana pasir secantik yang pernah aku ranapkan. Akhirnya, aku sedar, yang memulakan segalanya adalah aku, yang tidak berpuas hati dengan hasil seni sendiri adalah aku, aku tidak boleh menyalahkan persekitaran di atas hati yang rapuh. Lalu, ku pasangkan tekad, biarlah aku baiki semula istana pasir aku itu, bersama kasih sayang dengan ukiran kejujuran dan harapan, biar seteguh Istana Disneyland yang gah dan gemilang itu.

Memang aku takut untuk memulakan semula, takut aku akan membuat lebih banyak kemusnahan. huhu ~


0 comments:

Post a Comment