Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Monday, March 26, 2012

Perjalanan hidup setelah setahun di KJMPD

Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson, nama sebuah institusi kerajaan yang selama ini banyak kenangan pahit manis kat aku. Mengajar aku untuk menjadi lebih rendah diri, mengajarku untuk merendahkan tahap keegoan ku yang maha tinggi, belajar untuk menjadi orang bawahan. Belajar segalanya (yang perit) . Dan disini, aku pertaruhkan masa depan aku, kononnya kerana minat, namun tidak mengapa, tangan ini pernah membantu yang sakit dengan penuh keikhlasan. Mata ini pernah melihat sengara ibu yang melahirkan, kasih ayah yang tiada tandingan, jiwa ini pernah menginsafi bahawa bertuahnya aku kerana sihat walafiat, lengkap segala sifat. 

Posting yang pertama di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kuala Pilah - Terima kasih kepada semua staff KKIA Kuala Pilah atas tunjuk ajar yang diberikan.

Salah seorang peserta untuk sukan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Aku wakil Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) - walaupun sebenarnya aku dari Sarawak dan member sebelah ni wakil dari Sarawak.

Posting untuk semester kedua bersama senior semester 4 di wad orthopedik - penat giler

Gambar beberapa hari lepas - saat pertama dapat beep (pangkat/paku) tidak dibenarkan dipakai pada masa itu.. so pegang je la.. hihihi...

Paku bacth aku ade dua line.. senior punye ada satu line. Ceritanya, budak pelatih PD memang lain daripada kolej lain di Malaysia, walaupun kemana saja kaki kitaorang melangkah, orang dapat mengenali kami adalah pelatih PD hanya dengan melihat paku yang tersemat di bahu. Biasanya paku pelatih lain ada satu je, so, senior tahun lepas diselaraskan penggunaan satu line ni, tapi tidak tahu kenapa, kami pakai paku dua line balik.. rezeki kot.. hehehehe :)


Tu dia.. dah pakai paku.. muke berlagak tahap dewa. Pengetahuan? On the top. Kekekeke.. Walaupun selalu tido, tapi telinga still on. Ini gambar sebelum aku keluar posting. (aku nampak line tu bersinar sinar la :p)

0 comments:

Post a Comment