Salam pada silent reader.. sama ada yang sengaja datang bertandang atau tersesat menjengah dunia itu yang serba bulat. Pertama sekali, aku ingin memohon beribu keampunan kepada insan yang terasa hati dengan setiap luahan hati di kala akal gagal menguasai nafsu. Kadang kala kata kata boleh menyembuhkan manusia, bahkan boleh membunuh.. Aku tidak sanggup untuk membunuh, oleh itu, aku jelaskan di sini, bukan aku tidak sudi berkongsi segala masalah dengan insan lain, cuma aku tidak mengerti bagaimana harus aku menuturkan kata kata agar tidak melukakan orang lain. Lalu di sini menjadi medan tempat aku meluahkan perasaan. Sekurang - kurangnya beban perasaan aku ketepikan sedikit tanpa mencemar nama sesiapa.
Jadi, hari ini aku mengambil keputusan, blog ini aku teruskan namun semua post post yang mengguris hati dan perasaan aku delete, post yang baru mungkin berkaitan dengan motivasi sahaja. So.. sekali lagi kemaafan aku pinta, walaupun jika tidak akan bertandang ke sini lagi.
0 comments:
Post a Comment