Hari ini boleh aku kata kan serba memeningkan dan memenatkan.. Tambah lagi dengan kelas Pra L yang aku jalani. Sindiran cikgu kelas yang agak menyakitkan hati bila didengar. Macam lah aku ni kebulur sangat nak kan lesen moto. Mak aku tak pernah kasi aku maen basikal taw.. dia takut anak dia yang cumel ini scrash. Tu pasal aku sampai hari ni tak reti nak maen basikal. So what kalau aku tak pandai naek basikal? Tak boleh belajar ke?
Dan yang paling sadis, aku dihentam dengan kata kata yang agak mengguris perasaan dan jiwa sepanjang kuliah dan demontrasi. membuatkan jiwa yang sedia luka bertambah lara. Hampir saja luruh air mata dek kerana kata katanya. Mood hilang sehinggalah aku sampai di asrama.
Bila sampai di asrama pula, dengan keadaan yang panas terik, membuatkan kepala aku yang sedia pening bertambah pening. Tapi ada mahluk tuhan yang masih tidak mengerti betapa aku sangat perlukan waktu rehat.
0 comments:
Post a Comment