Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Sunday, April 8, 2012

Coklat Daim dan Tun Daim Zainuddin

Bila berbicara tentang Daim. Serta merta aku akan terfikir tentang coklat Daim (Langkawi) dan IKEA tu. Huhuhu.. Walaupun aku tidak menyukai coklat, tapi coklat Daim ini dalam kategori coklat yang boleh aku telan. Sehinggalah aku terbaca tentang cerita kejayaan orang orang yang gagal, di situ lah tertulisnya nama Tun Daim Zainuddin. Aku mula curios.. tertanya tanya, apakah kaitannyaa dengan coklat DAIM?

Tun Daim Zainuddin

Dia hampir muflis sebanyak dua kali. Sekali dalam perniagaan garam di Kuala Selangor, tetapi disebabkan oleh hujan, kilang tersebut tidak menjadi dan sekali lagi ke perusahaan plastik. Beliau dilahirkan di Derga, Kedah pada tahun 1938 ( Sekarang umur dia 74 tahun - 2012). Melanjutkan pelajaran ke London untuk beljar undang-undang dan lulus ketika berusia 21 tahun. Sekembalinya ke Tanah Melayu (ketika itu) dia menjadi seorang pengamal undang - undang dan kemudiannya bekerja dengan kerajaan. Pada akhir 60-an, dia bercadang untuk memulakan perniagaan. Tetapi usahanya gagal satu demi satu, namun kegagalan itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus meraih kejayaan. Hari ini beliau adalah bekas Menteri Kewangan Malaysia sekaligus merangkumi Penasihat Ekonomi Kerajaan Malaysia. Krisis ekonomi di Malaysia menyebabkan beliau dilantik semula menjadi Menteri Kewangan Malaysia selepas beliau bersara dan ini menjadikan beliau orang pertama di Malaysia yang dilantik menjadi Menteri Kewangan sebanyak dua kali. Hari ini beliau merupakan orang yang terkaya di Malaysia dengan lebih 10 buah cawangan bank.

Coklat Daim

Bar Daim (asalnya dikenali sebagai Dajm di Sweden , dan dikenali sebagai Dime di United Kingdom dan Republik Ireland sehingga 2005) bar badam mentega rangup yang disaluti dengan coklat susu. Jenama kini dimiliki oleh Kraft Foods, tetapi berasal dari Sweden dan Norway pada tahun 1953, yang dihasilkan oleh Marabou dan Freia.

Dajm telah diwujudkan selepas penyelidikan ke atas produk yang sama yang dihasilkan oleh Amerika syarikat Heath. Naib Presiden Marabou, Anderfelt Lars diminta untuk melesenkan produk Heath pada awal tahun 1950-an. Heath enggan, tetapi memberi senarai bahan-bahan untuk Anderfeldt. Ia telah diuji di Stockholm pada tahun 1952 dengan jayanya, dan kemudian pada tahun 1953, ia telah dilancarkan di Sweden dan Norway, di Finland (1964) dan Denmark (1971).

Walaupun ia tidak tidak terdapat secara universal di Amerika Syarikat, Hershey menghasilkan produk yang sama yang dipanggil bar Markah. Bar Daim yang diimport dari Sweden (dikeluarkan di Upplands Väsby) yang dijual di serata Australia, Belgium, Kanada, China, Belanda, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Ireland, Itali, Poland, Portugis, Rusia dan Kedai IKEA Sepanyol. IKEA Amerika dan Eropah menghentikan produk ini pada tahun 2011.

p/s : Secara keseluruhan, coklat daim dan Tun Daim tiada kaitan langsung. (Agak kecewa kerana semasa membuat kajian, saya berharap agar coklat ini adalah link dengan Tun Daim). Ianya cuma satu kebetulan yang sangat serasi. :) Memandangkan coklat Daim hanya didapati di Utara (Langkawi), Tun Daim juga berasal dari Utara (Kedah).


0 comments:

Post a Comment