Conrad Nicholson Hilton - anak kedua daripada 8 orang adik beradik - dilahirkan pada 1887 di San Antonio, Wilayah Mexico. Ayahnya seorang pendatang dari Noway, seorang yang tekun berusaha tetapi telah mengalami beberapa kerugian dalam perniagaannya. Perniagaan utama mereka adalah kedai runcit. Keuntungan yang diperolehi membolehkan mereka membina sebuah rumah besar dengan beberapa buah bilik.
Semasa kemelesetan pada 1907, wang sukar diperolehi. Atas cadangan Conrad, keluarga Hilton mengubahsuai rumah mereka menjadi sebuah rumah tumpangan yang sederhana. Setiap petang, Conrad pergi ke stesen keretapi untuk mengiklankan perniagaannya. Pada kadar US $1 para penginap diberikan layanan mesra dengan sebuah bilik yang bersih dan hidangan makanan yang dimasak oleh Mary Hilton (ibunya). Akhirnya, Conrad berjaya membeli hotelnya sendiri dan selepas era Kemelesetan Besar, Hilton terus terlibat dalam apa jua perniagaan yang boleh diceburi, membina rantai Hotel Hilton sehingga menjadi sebuah organisasi yang dihormati dalam memberikan layanan mesra dan paling baik di dunia.
P/s : Kejayaan tidak akan datang melayang sekiranya tiada usaha daripada kita.Dan kadang kadang kejayaan yang ditakdirkan untuk kita boleh berlari pergi meninggalkan kita jika kita tidak mampu mengendalikannya. Bak kata orang tua : Bukan senang untuk menjadi senang, dan tidak susah untuk menjadi susah.
0 comments:
Post a Comment