Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Kesihatan : Tips dan Panduan kesihatan dalam kehidupan seharian

Bercerita tentang jagaan kesihatan terutamanya kesihatan kanak dan ibu mengandung yang diteladani melalui pembelajaran dan pengalaman.

Hanya Insan Biasa

Ini hanya insan biasa yang ingin menjadi biasa, ibarat ular ingin menjadi naga.

Cerita tentang kegagalan

Bukan sekadar kegagalan yang biasa tetapi kegagalan yang bakal mencorak kejayaan yang luar biasa.

Gadis Komuniti

Menabur Khidmat seikhlas hati.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, May 21, 2012

Hilang ingatan

Argh! Bermula musim baru dengan permasalahan diri sendiri. Sejak aku mula diserang sakit kepala yang agak kerap beberapa minggu lepas, ingatan jangka masa pendek aku pula agak terjejas sedikit. Takut untuk berhadapan dengan kenyataan biarpun masalah itu agak menganggu aku sejak kebelakangan ini. Nak dikongsi pada siapa? Aku takut orang fikir aku hanya main main atau orang lain anggap itu adaah perkara yang biasa. Hurm.. Biasa ke kalau kepala aku sakit sebahagian sahaja hingga kan aku hentak kat dinding pun tak lega? Biasa ke kalau aku terlupa tentang pakaian yang telah aku ambil? Biasa ke kalau aku terpaksa listkan barang yang aku hendak beli? Itu pun bila sampai di rumah baru aku tersedar. Biasa ke semua itu? Atau mungkin permasalahan lain yang selama ini menganggu aku menyebabkan aku sebegini. Ya Allah.. Apa yang harus aku lakukan? Apa yang terjadi kepada aku sebenarnya? Lupakan benda lain aku sanggup tapi bukan ibu ku. Dia pasti sangat kecewa andai suatu hari nanti aku terlupa siapa dirinya, sebgai anak sulung yang selama ini menjadi harapannya, sudah pasti dia akan inginkan aku mengingatinya walaupun sesaat. Jangan uji aku untuk melupakan wanita yang pernah melahirkan aku. Tolonglah....

Sunday, May 20, 2012

Mengapa sukar untuk kita menerima? Mengapa lagi senang untuk mencipta permusuhan? Mengapa senang untuk menunjukkan diri itu menang? Aku sudah jelak dengan perangai masing masing yang hipokrit. Yang kononnya sahabat baik tetap sebenarnya saling mempergunakan. Jadi mengapa harus menjaja cerita tentang orang lain sedangkan kau sendiri belum tentu lurusnya? Kau hanya pandai berpura dan bersembunyi di sebalik wajah yang nampak naif sedangkan perbuatanmu? Fikirkanlah. Jangan tunjuk ego sedangkan umur kau baru setahun jagung, ilmu kau tidak sejauh mana. Jangan kau berlagak bagus sedangkan kau menjunjung setiap kesalahan yang kau sembunyikan. Cukup sudah dengan apa yang kau lakukan dan berhenti. Dan kalau boleh, hilang terus dari pandangan aku. Aku memang tidak suka melihat muka kau yang penuh lagak itu sedangkan kau tidak tahu apa apa tapi berlagak seolah olah kau tahu segalanya. Sudahlah! Aku rimaslah! Aku harap kau segera berambus dari hidupku secepat mungkin atau....................

Saturday, May 19, 2012

Bila perlu

Bila kita tidak tahu akan sesuatu, kita akan memikirkan benda yang negatif terlebih dahulu tanpa memikirkan positifnya. Itu beza di antara orang berjaya dengan orang yang gagal. Orang yang gagal akan sentiasa berfikiran terbuka dan sentiasa mampu menerima kritikan orang lain untuk mengubah hidupnya agar lebih baik dan bukannya menidakkan sesuatu yang memang nyata dan terang. Menerima hakikat dan kebenaran sememangnya menyakitkan, itu lagi bagus daripada kita disogokkan dengan sesuatu yang berpura pura. kadang kadang kita masih belum matang untuk menilai sesuatu yang baik. Kita hanya inginkan keindahan tanpa mengetahui bahawa keburukan yang kita cela ituu sebenarnya tangan yang ingin menyelamatkan kita daripada keseseatan.


Monday, May 7, 2012

Dunia Batin Ku ~

Dari keyboard phone yang serba tidak sempurna ~
Semalam diumumkan jadual posting untuk kali terakhir dan aku terus di Seremban dan bermastautin di kolej. Agak kecewa bila melihat rakan rakan lain berpeluang pergi ke tempat yang jauh sedangkan aku langsung tidak berganjak dari tempat asal. Namun apakan daya, aku hanya manusia biasa. Cewaah. Kali ini, aku tertinggal di PD hanya kerana aku terlibat dengan Phantomin, ditambah pula lesen moto tiada. Hehehe.

Dan agak menyedihkan bila aku bakal berhadapan dengan situasi yang mungkin akan menyakitkan kepala ku. Aduh.. Kenapa la harus terjadi semua itu.