Anes Sofea
Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson
KM11 Jalan Pantai
71050 Si Rusa
Negeri Sembilan Darul Khusus
Puan Strawberry
Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson
Km 11 Jalan Pantai
71050 Si Rusa
Negeri Sembilan Darul Khusus 14 MAC 2012
Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB KERANA TIDAK MENGHADIRI KELAS TAMBAHAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya Jururawat Masyarakat Pelatih Anes Sofea (BJM 11- 2342) dengan ini mengakui tidak menghadiri kelas tambahan yang diadakan pada 12.03.2012 secara tidak sengaja.
2. Untuk pengetahuan puan, ketika pengumuman dilakukan oleh rakan pelatih, saya tidak berada di dalam dewan kuliah menyebabkan saya tidak mengetahui perkara tersebut. Oleh hal yang demikian saya meminta maaf atas kecuaian dan kelalaian saya dan berjanji bahawa kesilapan ini tidak akan berlaku lagi.
3. Segala perhatian dan kerjasama pihak puan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
........................
(ANES SOFEA)
Contoh yang baik
ReplyDeleteContoh yang baik
ReplyDelete