Aku agak terkejut dengan statement itu. Benarkah? Okay.. Camni, memandang sumber yang aku dapat itu pun menyatakan bahawa kenyataan itu daripada sarawakian sendiri. Hurmm.. di sini aku huraikan, pertama, sarawak dan semenanjung malaysia dipisahkan oleh Laut China Selatan, walaupun bergabung beberapa puluh tahun yang lampau, tidak dapat dinafikan bahawa budaya dan adat di antara kedua dua negara ini sangat berbeza. Kadang kala untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan adat baru agak sukar bagi setiap pasangan yang dipisahkan oleh Laut China Selatan ini. Bila ada statement menyatakan bahawa budak sarawak yang berkawan dengan semenanjung hanya untuk mengambil kesempatan, itu adalah tuduhan yang agak melampau, kerana selagi namanya manusia, selagi itu lah kesilapan akan dilakukan. Jika disebut tentang cerita tipu menipu ni atau lebih kepada perkataan mengambil kesempatan, hurm.. aku pernah ditipu oleh budak semenanjung sampai berhutang 60k.. (sampai sekarang tau aku tanggung hutang tu), tapi aku tak pernah salahkan dia, sebab bagi aku benda itu berpunca daripada kebodohan aku sendiri kerana percaya kat dia.
Bila melibatkan perihal tentang memilih pasangan, sesetengah orang memilih untuk kembali ke kampung halaman apabila meniti usia senja. Disebabkan oleh hal yang sedemikian, mereka lebih senang untuk memilih pasangan yang senegeri ditambah lagi dengan kaum kerabat masih di negeri masing masing. Itu berlaku di kebanyakkan negeri, contohnya Kelantan dan Utara Semenanjung Malaysia. jadi tidak timbul isu yang besar bila budak sarawak hanya memilih sarawak. Kerana aku telah pun tersasar jauh dari negeri ku, bagiku di mana jodoh ku tertulis oleh Allah, maka di situ lah aku berada. Malaysia ni kecik je, kalau kita bergaduh... siapa nak jaga Malaysia
0 comments:
Post a Comment