Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Wednesday, March 7, 2012

Bola - penghibur jiwa yang lara

07.03.2012 [8.47pm] [Wenesday]

Hari ini agak memenatkan. Dari duduk menghadap Che Lappy, lebih baik aku keluar sekejap untuk melepaskan perasaan (cewah). Assignment yang melambak menghambat kepala otak aku untuk terus melupakan hal yang lain. Itu pun kerana pelawaan oleh Miz Jivi yang mengajak aku bermain badminton sebenarnya, tapi akhirnya aku tetap melencong ke padang futsal. Susah untuk aku lupakan bola dan pintu gol ni sebenarnya. Banyak kenangan yang aku cipta di padang menyebabkan aku berfikir 2 3 kali untuk berhenti bermain. :p Ditambah lagi kepercayaan yang diberikan oleh couch untuk memantau pergerakan budak baru.

Dalam dewan kuliah? - Macam biasa, aku mengantok, kecuali subjek Puan Zu dan kelas Puan Shidah. Haha.. So, ari ni aku sibuk melukis otak, siap warnakan sekali pulak tu. Itu yang aku agak terhibur dari mengingat masa lampau ku.



Comel tak otak aku ni? :p

Bercerita tentang masa lampau, entah bagaimana semalam, aku terjumpa balik gambar berserta profile fb insan yang pernah menjadi sangat penting dalam hidup aku sesuatu masa dahulu. Insan yang bagiku sangat baik dan memahami. Insan yang bagiku kasih sayang tidak mungkin aku dapat cari di mana mana, kehadirannya menyebabkan aku sanggup memilih kemiskinan dari harta yang melimpah-ruah, aku sanggup menjadi susah hanya kerana sayang dan cinta, sehingga lah aku mendapat tawaran berkerja di Putrajaya pada 16.12.2008. Aku pergi demi sebuah masa depan, memang aku tinggalkan dia, aku katakan padanya aku tidak sanggup menjadi isteri nombor dua walaupun aku sangat menyayanginya. Dia terkilan, dia katakan aku manusia yang lupa diri, bagaikan kacang lupakan kulit. Tapi semalam, semuanya terdedah, aku ingatkan setelah pemergian aku, dia akan berubah. Namun itu hanya impianku yang tidak akan menjadi kenyataan. Malah lebih teruk daripada apa yang aku bayangkan. Dan aku terasa sangat sedih melihat keadaan sebegitu. Sangat sedih. Sedih kerana aku tidak tahu menilai personaliti orang lain, sedih kerana selama ini aku menganggap dia adalah insan baik yang aku buang. Selama ini, aku menanggung rasa bersalah kerana meninggalkannya, dan kini aku sedar, memang selayaknya aku meninggalkan dia dulu. Dia bukan yang terbaik.

Hurmm.. merapu je la aku ni. Biarlah.. lelaki memang susah untuk dipercayai.

0 comments:

Post a Comment