Layan kreko bilangan yang ke 11/2012 keluaran 11 Mac 2012. Perkara pertama yang aku carik memang page naruto. Kali ini aku agak terkesan dengan kisah dia, yang mana kesemua raksasa berekor itu memberitahu nama sebenar mereka kepada Naruto. Dan yang paling sedih, bila Kurama (Musang sembilan ekor) teringat pada tuan asal nya bahawa nyawa tuan dia semakin singkat dan mereka sembilan bersaudara ini mungkin akan terpisah, tetapi akan ada satu hari nanti muncul seorang manusia yang akan menyatukan mereka semula, dan orang itu adalah Naruto (yang selama ini menjadi beban kepada Kampung Konoha). Sepanjang perpisahan mereka, tuan asal meminta raksasa berekor ini memilih jalan yang betul. Dan Kurama menyatakan bahawa pernantian untuk dia bertemu dengan orang yang boleh menyatukan mereka adalah sangat lama.
ini adalah page yang aku save dari mangareader.net :)
Manakala yang ini pula muka Kurama semasa kecil yang penuh dengan kesedihan bila tuan asalnya berkata bahawa nyawa tuan dia tidak panjang.
Inilah rupa yang aku sangat suka. Penuh dengan kecomelan dan kesedihan :)
0 comments:
Post a Comment