Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Sunday, March 18, 2012

Bukan Kerana Dendam

Mesti kau tertanya kenapa aku sanggup melakukan perkara yang sedemikian padahal keperluan zahir ku telah kau lengkapkan dengan seada yang kau mampu. Segala keinginan aku kau penuhi, walaupun kadang kala seolah olah kau tidak ingin memenuhinya. Namun, kau terlupa sesuatu, aku hanya manusia biasa yang sering kali terluka dengan kata kata. Aku hanya manusia lemah yang tidak mampu menilai manusia lain hanya melalui perbuatan sedangkan kata katanya amat bercanggah dengan perbuatan. Bagaimana boleh aku percaya bahawa ada sayang dalam diri mu seandainya setiap kali kewujudan aku pada hidupmu seolah olah tiada. Layanan yang aku terima seolah olah aku merasakan martabat aku terlalu rendah. Mengapa kau boleh berkata yang kau meninggikan martabat aku? Sedangkan aku pernah diherdik di hadapan ahli keluarga mu yang lain? Aku cuba mencari dimana perbuatan dirimu yang kau katakan sayang. Adakah hanya dengan memberi duit itu sayang? Adakah hanya dengan menghantar aku balik ke sekolah itu sayang? Adakah kau tahu, orang lain di sekolah ini, hendak balik ke kampung pun dijemput oleh ahli keluarga masing masing. Sedangkan aku? Bila masa kau pernah menjemput aku dari sekolah? Adakah hanya kerana kau mengizinkan aku kembali belajar itu sayang? 

Sedangkan selama ini, kau memberi bilik tidur ku kepada anak kau tanpa pengetahuan aku, sedangkan selama ini kau permainkan segala sifat fizikal aku, minda aku yang bagi kau itu adalah gurauan semata mata yang amat menghiburkan kau dan ahli keluarga kau, sedangkan aku? Aku menerimanya dengan begitu pahit bila terpaksa senyum dihadapan mereka. Berpura yang kononnya aku seorang yang taat, padahal hati bagaikan diblender tanpa belas. Sayangkah kau bila aku menghubungi bekas kekasih mu lalu kau enggan bercakap dengan aku hampir 2 bulan, sedangkan masa itu aku berhak ke atas kau. Siapakah aku? Aku bukan mencari salahmu, aku bukan ingin menolak segala kesalahan terus kepada mu. Cuma aku hanya manusia biasa yang dari dulu lagi perlukan kasih sayang. Kau tahu bukan apa yang aku inginkan. Kenapa egomu tidak pernah merendah diri untuk menunjukkan kau sayang? Kenapa setelah aku terjumpa sesuatu yang membuatkan aku terasa dihargai kau menyalahkan aku bertubi tubi. Kau menganggap aku membalas dendam di atas segala perbuatan kau terhadap aku hinggakan kau forwardkan mesej yang pernah aku hantar suatu masa dahulu, yang mana aku menyatakan, "tidak mengapa, kau tidak merasa apa yang aku rasa, suatu hari nanti kau akan rasa bagaimana rasa nya bila maruah kita dipijak, jika bukan kau yang merasa, akan ada generasi kau yang rasa". Kau simpan mesej itu hingga ke hari ini. Pernahkah kau mengajar anak anak kau untuk menghormati aku? Tidak.. tetapi kau ingin kan aku menyayangi mereka. Ah.. memang aku sayang.. cumanya aku tidak pandai untuk mengambil hati. Untuk apa aku mesej jika mesej aku kadang kadang tidak dibalas? Aku hanya manusia yang ingin disayangi. Bukan harta berjuta yang aku pinta. Cukup sekadar, aku tahu aku diperlukan dalam hidup. Tapi, kau tidak pernah menunjukkan bahawa kau memerlukan aku. 

Tak mengapa, biarlah dunia menyalahkan aku di setiap apa yang terjadi. Aku mengerti. Aku salah. Biarlah dunia menghukum ku dengan pandangan yang menghina, aku tak kisah kerana mereka tidak tahu apa yang terjadi di antara kita. Mereka tidak tahu apa yang aku lalui, mereka tidak peduli apa yang aku rasa. Dan andai kata, takdir itu membuatkan aku sendiri.. maka biarlah aku sendiri daripada aku berteman tetapi hati aku keseorangan. Cukuplah aku pernah merasa bagaimana hidup berkeluarga, aku takut dan serik untuk terus dilukai. Terima kasih, dan bukan kerana dendam aku berpaling mencari yang lain, cuma inginkan serpihan kasih sayang untuk jiwa yang seringkali terabai dari belaian.




0 comments:

Post a Comment