06.03.2012 [11.52pm] [Tuesday]
Setiap malam ku dihantui mimpi sehingga menyebabkan aku tidak mahu tidur malam. Aku takut untuk bermimpi. Bukannya bermakna bila aku katakkan aku bermimpi ngeri aku dikejar hantu. Tidak sama sekali. Cuma setiap kali bermimpi, aku akan bermimpi kehilangan seseorang yang sangat penting dan sangat aku sayang, menyebabkan aku seringkali terbangun. Benar, kali ini dugaan yang aku terima sangat mengganggu kehidupan aku.
Mujurnya aku maasih ada kawan kawan serumah yang sentiasa mengambil berat walaupun aku tidak pernah bercerita mengapa aku kelihatan sangat teruk. Aku tidak turun lagi untuk futsal aku, kehidupan aku seolah olah kembali kepada 3 tahun yang lepas. Yang mana masa ku habiskan dengan menghadap laptop dan blog. Seperti yang aku katakan, sekiranya post aku berlambak, bermakna aku memang sangat memerlukan seseorang untuk aku sandarkan kepala.
Setiap hari hati merintih kesedihan namun air mata tidak mampu aku keluarkan. Setiap kenangan memutar kembali dalam ingatan aku. Sungguh aku terseksa. Sungguh aku sakit. Tapi, apakan daya, itu yang aku mahukan. Itu yang aku pilih, cara hidup mengikut cara ku sendiri. Ingin dicintai dan diberi perhatian sehingga aku tega menghancurkan hati orang lain. Kejamnya aku. Saat ini, sekali lagi aku terasa ingin melarikan diri daripada masalah. Balik ke tempat asal ku, kemudian berpura pura tiada apa yang berlaku semasa aku berada di Malaya.
Aku mula takut aku akan tiada apa apa. Rumitnya hidup dek kerana ketidaksabaran aku. Kemana lagi harus aku melangkah, aku statik. Cuma aku mengharapkan sisa keimanan yang ada agar aku tidak menelan sembilan paket panadol active fast yang aku beli di stesen petronas itu. Semoga dia tabah menghadapi kehidupan yang begitu pahit sekali untuk diterima akal. Maafkan aku. Terlalu lambat bila dia menyatakan semuanya, aku telah pun melakukan kesilapan yang besar dan nyata.
0 comments:
Post a Comment