Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Thursday, March 22, 2012

Futsal Wanita - Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson

Seminggu berlalu, sukan berlangsung di Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson setakat ini berjalan dengan lancar. Aku seperti biasa menyibukkan diri di padang futsal. Terbahagi kepada 4 pasukan - merah, biru, hijau dan kuning ( macam budak sekolah rendah pun ada ). Aku mewakili pasukan kuning :) hehehe.. di sebabkan sejarah sebelum ini aku pernah mewakili zon selatan untuk acara futsal, jadi coach meletakkan harapan yang begitu besar kepada aku. (yang aku tak berdaya nak tolak) tetapi beberapa insiden di dalam padang mematahkan semangat dan akhirnya aku memberi laluan kepada junior. Sebagai tanda protes, untuk perlawanan suku akhir, aku sengaja datang lewat dan tanpa kasut bola aku. Malas nak bikin hal lagi.

Seperti kebiasaan, senior coach memang pandai mengambil hati. Selepas perlawanan selesai, di mana kekalahan berpihak kepada pasukan rumah kuning = dibelasah 2 - 0 oleh pasukan biru, senior coach mengaturkan perlawanan antara super senior ( semester 5) dan junior ( semester 3) ( aku lah tu). So, terubatlah sedikit rasa kecik hati aku dengan pengurusan yang tak berapa nak telus :p

 Selepas perlawanan selesai.. Hijau senior punye.. pink junior

 Gol keeper yang paling kecik dan pendek :p





0 comments:

Post a Comment