Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Thursday, March 15, 2012

Buat Sahabat

Jangan lah Bersedih ANDAI HARI INI KAU DIUJI ..

Allah tak akan menguji seorang hambanya diluar kemampuan dan kekuatan diri kita,
setiap apa yang berlaku kita mampu laluinya cuma cepat atau lambat perjalanan kita bertatih bagi merentasi  laluan ujian itu,

Dunia sentiasa berputar sahabat ku. Selagi tiada kata henti dari Allah S.W.T.  dan selagi ia berputar langkahlah wahai sahabatku  JANGAN kau toleh pada kenangan lalu  yang akan menyakiti diri dan hatimu.Biar sribu kali kau dilukai dengan pekara dan kenangan lalu ,namun sedarkanlah diri dan hatimu  secepat mungkn kerana dihadapan kelak ALLAH S.W.T akan menggantikan  semua itu dengan kebahagian yang tidak akan kau jemu sampai bila pun .

Melangkahlah wahai sahabat,biarpun engkau masih lagi sedih dengan kenangan yang lalu namun Pintalah pada ALLAH yang satu ,DIA sememangnya bersamamu.Takdirnya yang menduga pada dirimu, KERANA dia kasih dan sayang pada HambaNYa setiap satu.

 Duhai SAHABATku..
Engkau tidak mencipta pengalaman hidupmu  NAMUN kamu mesti menghadapinya
kekutan itu tidak pernah datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya akan datang dari semangat yang tak pernah  mengalah dengan situasi.

 SAHABATKU..
hari yang mendatang  tidak akan memberi sebarang makna buat dirimu jika kegagalan semalam  tidak pernah engkau jadikan ia sebagai teladan dalam hidupmu...

 DUHAI SAHABAT SAHABATKu...
DIRIku hanya insan biasa...terkadang kesilapan sentiasa berlaku,.. Tapi tak beerti diriku ini  mampu melakar sejuta bunga dihati.. dan mungkin dengan hanya tersenyum mampu merungkai sekelumit hati yang gundah  gulana dan hati yang terluka..
MAAFKAN diri ini sekiranya jiwa ini pernah  mengguris perassan sahabat dan rakan taulan ku sekalian..

ku lakarkan untaian kata ini  untuk tatapan hati semua AGAR semuanya KEMBAlI tersenyum......

SMILE  :)




0 comments:

Post a Comment