Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Friday, April 6, 2012

Jika anda mengeluh.......

Jika anda mengeluh tentang assignment yang berlambak, fikirkan tentang orang yang tidak pernah merasa dan menjejakkan kaki ke kolej atau universiti walaupun keputusan mereka lebih baik dari anda.

Jika anda mengeluh tentang menu ayam hari hari yang disediakan pakcik kantin, fikirkan orang yang tidak pernah merasa ayam.

Jika anda mengeluh dengan leteran ibu dan ayah yang tercinta, fikirkan orang yang tidak pernah mengenali ayah dan ibu mereka sejak dari kecil.

Jika anda mengeluh kerana karenah seorang kawan, fikirkan orang yang tidak pernah berkawan dan yang tidak pernah didekati oleh sesiapa. 

Jika anda mengeluh ketiadaan wang ringgit sedangkan dalam poket anda masih ada RM10, fikirkan lah orang yang berkerja siang dan malam untuk mendapatkan RM10.

Jika anda mengeluh tentang suami/isteri, fikirkan orang yang berdoa bermohon pada Allah untuk mendapatkan jodoh.

Jika anda mengeluh tentang kekasih, fikirkan orang yang tidak pernah berkasih sayang sehingga akhir usianya.

Jika anda mengeluh tentang hidup yang membosankan, fikirkan orang yang mati tanpa sempat merasa usia remajanya.

Dan jika anda mengeluh anda sedang berada dalam kesusahan, fikirkan ada lagi hamba Allah yang diuji dengan kesusahan yang berganda daripada anda namun mereka tetap bersyukur. 

Oleh itu sahabat yang aku sayangi, bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang kita ada. Jangan berputus asa dan saling menyokong antara satu sama lain, sambut rakan rakan yang hampir rebah, kerana itu lah yang akan menunjukan betapa kuatnya ikatan kita.

0 comments:

Post a Comment