Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Saturday, April 7, 2012

Dan Sekiranya

" Sekiranya anda berasa susah untuk tidur malam ini, ingatlah tentang keluarga tidak berumah yang tidak punya kati tempat berbaring"

" Sekiranya anda terperangkap dalam kesesakan, jangan kecewa. Terdapat ramai lagi mereka yang hidup di dunia ini yang tidak tahu langsung memandu dan menganggapnya suatu keistimewaan yang tidak pernah didengar."

"Sekiranya anda tidak bernasib baik di tempat kerja, fikirkanlah tentang mereka yang tidak bekerja bagi tempoh tiga bulan yang lalu"

" Sekiranya anda kecewa dengan hujung minggu yang berlalu begitu saja ; fikirkanlah tentang wanita di jalan jalan yang berkerja selama 12 jam sehari, 7 hari seminggu dengan upah hanya RM15 untuk menyara keluarganya" 

" Sekiranya kereta anda rosak, berkilometer jauhnya dari bengkel kereta; fikirkanlah tentang mereka yang lumpuh, yang begitu inginkan peluang untuk berjalan."

" Sekiranya anda merungut kerana tidak mempunyai sepasang kasut baru pada tahun ini, fikirkanlah tentang seseorang yang tidak mempunyai kaki"

" Sekiranya anda bercermin dan ternampak uban yang telah mulai tumbuh, fikirkanlah tentang pesakit kanser yang sedang menerima rawatan chemotherapy yang berharap agar rambutnya boleh tumbuh untuk diperiksa "

" Sekiranya anda merungut bahawa negara ini tidak cukup memberikan perkhidmatan, fikirkan tentang negara negara yang sedang mengalami rusuhan dan perperangan "






0 comments:

Post a Comment