Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Sunday, April 1, 2012

Kuasai Api Cemburumu

Kuasai api cemburu mu. Cemburu lebih membawa kepada kehancuran daripada kebahagiaan. Jika dirimu membiarkan cemburu menguasai hati, maka hancurlah hidup mu gara gara cemburu itu. Sayang... barang kali kau lupa, bahawa hak milik kita sebenarnya tidak ada satu pun yang tidak kita kongsi. Jadi, biarkan saja, jangan biarkan semua perasaan negatif menghantui fikiranmu. Dahulu, kau pernah disumpah agar kau merasa apa yang orang 'itu' rasa. Dan ini lah mungkin masanya sumpahan itu terkena pada dirimu. Jadi, baguslah.. sekurang kurang di masa depan, kau tidak akan merasa lagi sumpahan itu. Biarkan saja. kebahagian bukan untuk dikejar puteriku, tapi untuk dibina. Jangan terlalu leka mengejar kebahagian sehingga dirimu tidak dapat melihat bahawa kebahagiaan itu melambai lambai di depan mu. Jangan terlalu ingin memiliki sehingga apa yang dirimu miliki itu terasa lemas dengan setiap tingkah laku mu. Jangan terlalu mudah berprasangka sehingga semua prasangka mu itu akan menyakiti dirimu sendiri. Puteriku, ingatlah, sekali diri mu rebah, bukan bermakna kamu akan rebah untuk selamanya. Belajar untuk menerima kesakitan tanpa untuk menyakitkan orang lain. 

Biarkan orang menyakitimu, tapi jangan sampai dirimu menyakiti diri sendiri. Biarkan jika orang tidak ingin mengambil tahu, tapi jangan biarkan diri mu terkontang kanting melayar kehidupan sendirian. Puteri yang disayangi, aturlah kehidupanmu berasaskan apa yang membahagiakanmu. 

0 comments:

Post a Comment