Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Wednesday, April 4, 2012

Memori Yang Hilang

Sungguh, sehingga saat aku menulis dan menaip ini, aku masih terlupa tentang sesuatu. Memori di antara tahun 2009 dan awal 2010. Kenapa aku lupa???? Sehingga lah aku review balik blog lama aku (pertama kali belajar blogging) (tak boleh dibaca orang luar, hanya aku saja yang baca). Aku terjumpa satu post yang menyatakan :

"Semalam, aku terima sms.. yang buat jantung aku berhenti untuk sesaat. Mesej dia camni :
"Assalamualaikum. W*** N** A***** sudikah awak bernikah & menjadi isteri yang solehah kepada saya N********* H**** semasa susah dan senang?"
Aku tak jawap. Aku biarkan je.. aku tak jawapan untuk semua itu.. Maafkah aku sang pengirim SMS."

Entry ini dipos pada 21.Disember 2009 - Hari Pertama aku menjejakkan kaki ke Lembah Azwen, Hulu Langat Selangor untuk menghadiri kursus anjuran JAWI Putrajaya. Puas aku cuba mengingati siapakah orang di sebalik nama itu, tapi aku tidak berjaya, bahkan nama yang dibintangkan itu pun aku tidak tahu siapa. Siapa??? Pening kepala aku. Jarang untuk aku melupakan seseorang yang istimewa yang pernah hadir dalam hidup, akhirnya aku tersedar, banyak perkara yang suatu masa dahulu sangat indah telah aku lupakan.

Dan, hari ini aku belajar, bahawa bahagia itu bukan untuk dikejar, tapi untuk dicipta. Dan untuk menciptanya bukan senang, terlalu banyak pengorbanan, kesetiaan, kesabaran, kejujuran dan kepercayaan yang diperlukan.

0 comments:

Post a Comment