Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Wednesday, April 4, 2012

KesukaanKu

Enti kali ini aku ingin berkongsi dengan segala kesukaan aku pada benda dan alam sekeliling aku. Hanya untuk pengetahuan :)



1. Makanan
~ Aku suka semua makanan kecuali pedas dan pahit. Aku penggemar ayam - terutamanya Chicken Wing - fuh~ terliuq.. hehehehe.. 

2. Minuman
~ Zaman sekolah, aku suka Vanilla Coke (pernah addict Vanilla Coke) memang kronik jugak ketagihan aku pada masa tu. Sampai sekarang aku masih suka, tapi bila dah tua ni aku prefer Milo Kosong O ais. (hanya milo, tanpa gula dan susu)

3. Pakaian
~ Aku lebih selesa dengan t-shirt (jersi) dan track suite. Huhuhu~ Kalau keluar, aku akan memilih jeans straight cut, dan blaus. 

4. Haiwan
~ Aku  suka KURA-KURA. Hewan ni paling comel dan yang paling penting, dia takkan lari dan tahan lasak. Memandang aku berpotensi menjadi tuan yang ganas, kura-kura memang sesuai menjadi hewan peliharaan aku kerana dia ada cengkerang yang keras. Muahahaha..

5. Serangga
~ Rama-rama. Rama-rama menjadi cantik untuk waktu yang sangat singkat, hampir keseluruhan riwayat hidupnya adalah untuk menjadi sangat hodoh (ulat beluncas) dimana tidak ada sesiapa yang berani untuk mendekatinya. Namun bila dia bertukar menjadi sesuatu yang cantik, semua orang memujanya. Adat manusia begitu.

6. Tumbuhan
~ Aku pilih orkid. Sebabnya, mak aku sangat suka dengan bunga ni, dan untuk diri aku sendiri, aku pilih kaktus. Sebab dia, sama seperti kura kura, bunga kaktus adalah sesuatu yang tahan lasak. So, senang aku nak jaga. Kekekeke.. Kaktus, dia berduri untuk melindungi bahagian dalamnya yang lemah. Aku juga begitu, berpura untuk kuat, padahal aku sebenarnya sama seperti orang lain.

7. Persekitaran
~ Aku suka persekitaran yang tenang - contohnya LAUT.. dan aku suka air.. tak kisahlah laut, sungai, jeram, air terjun, air perigi, tak kisah la.. air longkang pun aku tarah jugak.. kekekeke...

8. Pemandangan
~ Aku suka senja dan dinihari. Penutup dan pembuka hari. Berfikir alangkah bertuahnya kerana diberi peluang untuk bernafas.




0 comments:

Post a Comment