Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Kesihatan : Tips dan Panduan kesihatan dalam kehidupan seharian

Bercerita tentang jagaan kesihatan terutamanya kesihatan kanak dan ibu mengandung yang diteladani melalui pembelajaran dan pengalaman.

Hanya Insan Biasa

Ini hanya insan biasa yang ingin menjadi biasa, ibarat ular ingin menjadi naga.

Cerita tentang kegagalan

Bukan sekadar kegagalan yang biasa tetapi kegagalan yang bakal mencorak kejayaan yang luar biasa.

Gadis Komuniti

Menabur Khidmat seikhlas hati.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, June 7, 2013

Bercerita mungkin bukan caraku :P

Baru selesai menonton drama "coffee house". Ending dia agak mengecewakan kerana aku mengharapkan hero bersama dengan orang lain. Orang yang sentiasa membuat dia gembira dan ketawa, tapi dia lebih rela memilih orang yang selalu membuat dia menangis. Baginya, orang itu lagi penting dari segalanya dan dia sanggup untuk melindungi orang tersebut. Ahhh.. walaupun happy ending, tapi aku tetap tidak berpuas hati. Warghhh.. Perasaan ini sungguh tidak menyenangkan. Aku mudah terpengaruh.. sudah tentu, lebih lebih lagi dengan cerita, kalau aku tengok cerita atau movie, aku berharap akan menjadi seperti itu. Hahaha. So, kalau cerita doraemon, aku harap aku dapat seekor doraemon ada disebelah aku, kalau tengok cerita Smallville aku harap dapat kekasih seperti Clark Kent.. Huhu.. dan sekarang, aku mula berangan untuk menjadi seperti Lee Jin Soo (coffee house) iaitu menjadi seorang penulis (yang lain daripada yang lain pastinya). Tapi bila difikirkan balik, aku tidak mempunyai bakat yang cukup untuk menulis. Minat aku terhadap penulisan semakin berkurangan. Mungkin komitment pada kerja, tapi alasan yang selebihnya, tiada siapa yang menyokong aktiviti aku ni. Bagi mereka hanya sekadar hobi sahaja. Jadi.. biarlah :P

Mungkin selamanya aku akan menjadi seorang blogger amatur :P Mungkin selamanya aku berada bawah tempurung dalam kotak di tepi teratak ini. Dan mungkin selamanya ianya akan menjadi begini. Aku tidak tahu, mungkin bercerita bukan cara aku. Bakat itu sudah lama terkubur sepi bersama sama angan angan ku. Bagi mereka yang prihatin dengan perkembangan aku, blog ini seolah olah mendedahkan kelemahan aku sahaja. Tapi biarlah....




Thursday, June 6, 2013

Lagi lagi Drama korea

Malas nye... Argh.. sekali lagi fikiran aku dikuasai oleh drama korea ini sehingga sanggup menghabiskan duit yang ada semata mata untuk mendownload drama. Arghh.. Stress pula jadinya. Me too Flower, satu drama yang dalam proses 'penyerapan'. Heroin yang kekurangan kasih sayang, yang berasal dari keluarga yang tudak tentu hala. sedikit sebanyak ianya agak similar dengan aku. Berpura pura kuat untuk menutupi hati yang lemah, ketawa untuk menyembunyikan sedih. Berharap akan berjumpa dengan manusia yang lebih baik. Cuma bezanya, heroin tu setia kot. Hahaha.. Aku tidak mampu untuk setia dengan sesuatu yang menyakitkan hati, aku lebih suka dengan sesuatu yang sentiasa menggembirakan. That is why, aku prefer hidup sendiri. Untuk aku duduk diam, tinggal dalam rumah bukan sesuatu yang senang, bukan drama drama ini membuatkan aku melekat dengan lappy untuk masa yang lama. Tanpa sedar, waktu berlari meninggalkan aku. Lappy dan drama menjadi 'kekasih' terbaru aku. Wahahaha.. Parah. Cuma kadang kadang, ada di antara yang tidak dapat memahami bagaimana untuk aku survive sehingga aku berada di tahap sekarang.

Tidak mengapa. Aku terlalu biasa dilabel sebagai seorang manusia yang agak 'teruk'. Jadi aku tidak kisah. Dan sekarang, aku telah memulakan proses mendownload drama "Coffee House". Satu drama humor yang terselit sedikit nilai moral iaitu "Jujur". Hehehe.. Bukan senang kan, untuk kita mengembalikan kepercayaan orang, dan bukan senang mencari sesuatu yang telah hilang. Bukan senang nak bina semula, dan bukan senang juga untuk meninggalkan sesuatu begitu sahaja. Itu kehidupan. Dan kadang kala, ada masa aku sangat berputus asa dengan apa yang aku ada. Mungkin bagi orang lain, aku punya daya tarikan yang sangat kuat, bak kata pegawai atasan, dalam kolej aku mungkin seorang otai. Ah.. personaliti yang sebegini banyak mengundang masalah kepada aku. Terlalu berani bersuara. Membuatkan aku seolah oleh menajdi papan dart atau speaker untuk yang lain. bukan Senang juga untuk aku harapkan patner hidup aku terima semua ini.

Tetapi, dalam banyak banyak drama yang aku review, My Boss My Hero adalah yang terbaik. Seorang gangster yang terpaksa menghadapi alam persekolahan, dan dalam masa setahun, dia terjumpa akan bermacam perkara yang dia tidak pernah tahu sebelum ini. Itu keajaiban. Dan untuk aku mengharapkan kejadian yang serupa, mungkin sangat mustahil

Okay. End .

Nak cerita pula tentang tanggapan orang terhadap aku. Ahaks.... Hari (6.6.2013) sepatutnya aku bercuti, public holiday untuk Negeri Sembilan, dan disebabkan aku bercuti pada hari sabtu selepas Wesak Day tempoh hari, aku terpaksa ganti cuti. Nak dijadikan cerita, lecturer datang ke hospital untuk memastikan kami semua ada. Dan, memang nampak muka dia lega bila dia dapat tahu aku ada dalam hospital. Nampak sangat lah dia akan suspek aku yang melarikan diri sehingga dia tidak sedar, salah seorang rakan aku telah pun balik awal. Uwaa.. ini tidak adil. Tapi tidak mengapa, aku sudah terlalu biasa bila orang sekitar menganggap aku sebagai troublemaker... tanpa mereka tahu, aku adalah siapa. Adios.. baju sekolah lom basuh lagi.. huk huk huk.. korean drama lah punya angkara ni. Adehh.thanks for reading ya...tata



Wednesday, June 5, 2013

Cara untuk melupakan

Aha.. Satu pertemuan yang tidak pernah kita duga, dan jua perpisahan tidak pernah kita minta. Walau apa pun keadaannya, walau siapa pun yang memulakannya, perpisahan bukan sesuatu yang menggembirakan. Bukan senang untuk melupakan seseorang yang telah mencuri hati. Mungkin di sini cara cara yang biasa kita dengar, yang biasa kita baca. Antaranya : 
1. Buang segala yang berkaitan dengannya
2. Keluar dan luangkan masa dengan kawan kawan atau ahli keluarga lain
3. Cari orang lain (haha.. Ini kawan punye idea)
4. Untuk fasa pertama perpisahan, elakkan pergi ke tempat yang biasa dikunjungi bersama

Melupakan seseorang mungkin bukan senang, mungkin boleh mengambil masa bertahun. Lebih lebih lagi bila hati telah diserahkan sepenuhnya. Kenangan itu akan sentiasa menghantui. Dan sememangnya ia sangat menyakitkan. Lebih lebih lagi bila lalu sesuatu tempat yang mengingatkan kita dengan si dia. Bukan niat untuk melukakan sesiapa, tapi kadang kadang, kalau berpisah itu lebih baik dari bersama.. Harus faham dan terima hakikat :) 

Ah.. Aku bercerita bukan untuk sesiapa, sekadar menulis untuk melepaskannbeban di kepala. Disebabkan perkara yang kadang kadang berlaku dalam hidup kita yang memberi impak yang sangat besar. Ibarat tsunami, datangnya sekejap. Tapi kesannya akan diingati sampai bila bila. 

Begitulah... Awan nano nano nano.. Haha.. Selamat bercuti semua.. Dan selamat bekerja untuk aku.. Uwaaaa..

Saturday, June 1, 2013

untukmu KJMPD

KJMPD....
sEmaLaM naMamu aKu takuTi..
JeJaK LanGKaH KaKi ku KakU
Aku PernAH TerKedu di Muka PinTu
Aku PerNah TerKaku DiAM TerKeLu..

BaGikU DiRimU IbAraT PenjArA
MeLingKar KebeBasaNKu..
MeMagArKu DaRi DunIa LuAR
MenHenTiKan HiLai TawaKu

NaMuN BegItu
Aku TabaHkan Jua
Hati SeRta JiWa..
BerBekALkan keKuataN yaNg ada
Ku reDah denGan GagaH
ku LaLu denGan Gaya..
sETiaP PeLusUkmu Ku JeLaJah

KuCari saHabat
Ku CaRi KasihNyA GuRu
Ku CaRi SayAngnYa IbU
Kadang KaLa...
Aku berLakU salaH..
KadaNg Kala AKu aLpa
NaMun, ada Di aNtaRa meReka TidaK iNgiN 
MelihAt KegAgaLan ku
Walau TerPaksa menGalirkaN air mata
MereKa KorBanKan haTi daN PerasaAn
MereKa KorBanKan wakTu
DemI naMaMu KJMPD..
DaN KiNi..
AkU boLeh MenOLeH deNgaN megah KepadaMu
Aku masih BerdiRi gaGah
Tak Ku NaFi..
iLmu yaNg ada di DalaM DiRimU
SaNgAt berHarga
TeriMa KAsiH 
KJMPD


Kerana mu wanita

Assalamualaikum readers... Walau siapa pun anda di luar sana, malam ini, aku terpanggil untuk menaip yang bukan kebiasaanku. Sesuatu yang terjadi di depan mata, lantas membuatkan aku terpikir. Terdiam sejenak dengan fenomena yang berada di depan mata. Wanita ~ semula jadinya, kita sebagai wanita dianugerahkan kelembutan, walau dimana atau bagaimana persekitaran yang membesarkan kita, pasti akan ada sedikit kelembutan itu. Jangan kerana kata kata, kelembutan itu nampak pincang di mata masyarakat. Hak masing masingkan, aku menulis lebih kepada peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Kerana aku juga wanita. Sejarah masa silamku memperlihatkan bahawa, kelahiranku diharapkan sebagai lelaki, namun kuasa Allah tiada siapa mampu mengubahnya. Aku lahir sebagai seorang perempuan yang dikelilingi lelaki sejak lahirku. Yang membesarkan aku, datuk dan nenek, teman sepermainan aku, abang abang sepupu ku. Teman sekolah semuanya lelaki disebabkan aku biasa sejak lahir dan ibu tersayang tidak pernah membataskan pergaulan aku dengan mereka atas kepercayaannya aku mampu menjaga diri. Bahkan, di bahuku, terletak satu beban bahawa aku lah pewaris, sehingga lahirnya adik lelaki ku. Yang mereka nantikan. Sayangnya, keadaan dia pula terbalik dengan ku. Haha.. Dia berada disekeliling perempuan, menyebabkan perasaan kasih dan sayangnya lebih daripada aku, lembutnya melebihi aku sebagai seorang wanita. Lantas dia lebih disayangi daripadaku, tetapi ketika itu, aku tidak pernah ambil peduli, aku yakin, aku mampu hidup sendiri dalam dunia ini, aku memegang kata kata "kalau lahir aku sendiri, mati pun pasti aku sendiri, kenapa tidak untuk aku hidup sendiri" Sememangnya, aku punya keyakinan diri yang sangat tinggi. Yang membolehkan kaki ku melangkah ke mana saja yang aku suka, dalam masa yang sama, aku tidak sedar, adik ku mengejar bayang bayangku, dan sepanjang perjalanan yang aku kira sendirian, terlalu banyak yang aku 'kutip'. 

Pertama , belajar untuk bercakap dengan nada suara yang tidak meninggi. Memang menjengkelkan bila berhadapan dengan situasi begitu, dan kadang kala, agak lucu bila semua orang memandang ke arah ku bila aku bersuara. Suara yang lantang, ditambah lagi serak basah, memang menyebabkan aku selalu menjadi tumpuan. Tapi, percayalah, kalau lama tidak bercakap, suara itu akan menjadi rendah tanpa kita sedar. Nak menjerit pun terasa sakit kerongkong. Huhu.. Kedua, belajar untuk merendah diri, disebabkan keyakinan dan ego yang tinggi, suatu masa dahulu, aku sangat bangga dengan apa yang aku ada, sehingga akhirnya, aku ditempatkan pada satu keadaan yang menyebabkan aku terpaksa menundukkan kepala untuk mendapatkan sesuatu. Dan disitu, aku belajar untuk menjadi humble. Pada mulanya, aku terasa sangat berpura pura, aku sakit. Dalaman dan jiwa aku memberontak. Aku tidak ingin untuk menunduk, tapi aku terpaksa. Sehingga, sedikit demi sedikit, walau tidak banyak perasaan menunduk itu meresap ke dalam jiwa. Mungkin proses penuaan, hahaha.. Ketiga, belajar untuk mengawal ego, ini antara sifat yang paling sukar untuk aku kikis, oleh kerana nama yang membawa maksud 'satu' yang sehingga kini aku kekalkan, aku sangat berkeyakinan bahwa aku adalahnya satu satunya, aku tidak ingin mengalah, aku ingin berada di atas. Jika dalam kumpulan, aku ingin menjadi ketuanya, walau aku sedar aku bukan seorang ketua yang baik, aku hanya boleh merancang, tapi aku tidak mampu untuk melaksanakan. Atas kesedaran demi kesedaran berdasarkan beberapa peristiwa yang 'mengetuk kepala aku yang agak degil' aku rendahkan ego ku. sedikit demi sedikit. Keempat, aku belajar untuk sabar, haha.. memang payah, bukan senang untuk berubah menjadi yang baik. Kita tidak akan sedar bahawa kita berubah, tapi orang sekeliling kita akan tahu. 

owh.. berbalik pada cerita ku di awal tadi, bila melihat keadaan yang sungguh tidak manis di pandangan mata aku, aku menghubungi seseorang yang kenal masa silam ku. Yang sangat mengenali aku pada masa dahulu, pernah atau tidak aku melakukan perkara yang sama. Jawapannya? "Ya, aku pernah menyatakan perkataan seperti itu beberapa tahun yang lepas, dalam 5 tahun barangkali :)" Aku agak terkejut. Dalam hati, sedikit kecewa kerana aku pernah melukakan orang dengan kata kata yang kesat demi memuaskan amarah yang berlingkar dalam jiwa. kemudian, aku bertanya pula pada seseorang yang mengenali aku sepenuhnya pada masa kini. Pernah atau tidak secara sedar atau tidak, aku menyebut atau menaip perkataan yang tidak sepatutnya, dan alhamdullilah, jawapannya tidak mengecewakan aku. Cuma, aku masih dihantui perasaan takut, takut bahawa semua itu kembali lagi di saat aku tidak mampu mengawal amarah ku. 
Wanita, pesanku (untuk diri sendiri juga) jaga  tingkah laku, kerana kita sebagai wanita simbol kelembutan, sayang jika ayumu dibaluti warna yang tidak menyenangkan. Jaga tutur katamu, pincang lemah gemalaimu hanya kerana pedas dan bisanya kata kata, kamu tahu, pujangga selalu berkata, hujung lidah itu lagi tajam dari sebilah pedang.Sempurnanya kamu bila auratmu dirimu jaga, solatmu tidak pernah kamu alpa, lantas kerana itu tingkah lakumu pasti sekata dengan tuturmu. Mungkin ada yang jelik, memandangku sebagai manusia yang pandai berkata kata, namun cuba untuk percaya bahawa setiap yang aku katakan berdasarkan  apa yang berlaku, kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Masyarakat tidak suka pada sesuatu yang kasar. :) itu pengamalan. Aku yang pernah menjadi kera sumbang yang paling comel abad ini kerana tingkah laku yang kasar. Huhuhu.. nasib baik mampu balik ke pangkal jalan. Dan, paling penting, jangan kita cuba untuk melebihi lelaki. Walau sekarang dunia semakin maju (kononnya), jangan lupa asal kejadian kita daripada tulang rusuk mereka. Bukan dari tulang kepala untuk berada di atas, bukan juga dari tulang tapak kaki untuk berada di bawah, tapi dari tulang rusuk yang berada di tengah, untuk berjalan bersama mereka, untuk menjaga jantung mereka, menjaga paru-paru, menjaga hati.. Fikirkan.. bukan riak yang ingin aku sampaikan, aku juga masih berusaha untuk memperbaiki diri, cuma aku ingin semua yang tersesat ke laman ini berfikir sejenak, kita boleh menjadi lebih baik daripada semalam, jika kita inginkan. Pertama kali untuk berubah, pasti akan ada rasa hipokrit. Tak mengapa, tanpa sedar, kebaikan itu akan sebati dengan kita. Insha Allah :)

KejayaanKu :)

Alhamdullilah.. Keputusan Final Exam telah diumumkan. Dan aku diantara pelatih yang mendapat keputusan lulus dengan cemerlang.. Yeay.. Tepukan gemuruh untuk aku.. Terima kasih .. Terima kasih.. Kejayaan yang tidak aku duga sebenarnya ditambah lagi dengan keadaan aku yang bermain main sepanjang perjalanan aku sebagai seorang pelatih. Semua benda aku tidak pernah anggap serius dan kejayaan yang aku dapat sangat mengujakan.. Haha.. Sememangnya aku sangat lega, kerana sebelum Final bermula, aku telah berjanji dengan seseorang. Seseorang yang mengalirkan air mata kerana kenakalan aku. Seseorang yang terpaksa menghadap pihak atasan kerana kecuaian aku. Dan secara telusnya.. aku telah mengatakan "Puan, Im so sorry. Disebabkan kenakalan saya, puan terpaksa menghadapi semua ini. Maafkan saya, trust me, i will do the best for my Final. and, one more thing, im not a bad girl, juz a little bit naughty .. :p " Dan, dia reply simple, tapi sangat menusuk ke dalam sanubari orang yang tidak ambil peduli tentang orang lain seperti aku.. "Prove it". Di situ segalanya bermula, walaupun pada zahir aku nampak seperti bermain, tapi jauh disudut kesedaran aku, aku sedang berusaha untuk mendapatkan apa yang aku janjikan padanya. Dan, alhamdullilah.. aku berjaya.. aku berjaya membuktikan bahawanya aku bukan budak jahat yang selama ini pihak atasan pandang serong. Aku cuma sedikit nakal dalam melalui masa muda ku.

Kini, aku boleh berjalan tanpa aku rasa segan. aku boleh tersenyum, senyuman yang selama ini amat sedikit nilainya. Ya, di sini, aku ketawa riang bersama rakan seperjuangan yang lain, tapi hanya ketawa. Ia berbeza dengan senyuman yang aku ada. Ada satu kepuasan yang aku tidak dapat gambarkan. Mungkin pada orang lain, ini satu kejayaan yang biasa, yang tidak perlu dihebohkan, em em.. tidak bagi aku, bukan senang untuk aku melalui kehidupan sebagai seorang pelatih jururawat terutamanya JM. Aku yang biasa duduk di tempat senang, aku yang biasa segala kemahuan aku dituruti, aku yang biasa bersuara lantang, aku yang pernah ada kerjaya di tempat yang berprestige, bila tiba menjadi seorang pelatih, kedudukan aku berada di bawah sekali. Hingga satu saat dan ketika, aku rasa menjadi hamba. Penat lelah yang aku curahkan tidak pernah dihargai, bahkan kadang kala dicaci, aku cuma manusia, aku pernah cuba untuk berhenti pada 18.01.2011 (selasa) hanya 18 hari setelah aku mendaftar di Kolej, menunjukkan betapa aku bukan seorang yang kuat. Memang aku ingat tarikh itu, tarikh di mana aku merasakan aku sekadar seorang manusia yang tidak punya apa apa, tiada kawan, tiada ilmu, tiada sikap yang orang sukai. Nasib baik ketika itu, masih ada orang di dalam kolej itu percaya bahawa aku masih boleh berjaya, aku mampu menjadi kuat. Dan, memang aku hadapi segala karenah manusia dengan sendirinya, setiap air mata ketika bersengketa dengan rakan seperjuangan, tiada siapa yang tahu. Ianya sangat menyakitkan, tetapi dalam kesakitan itu, aku belajar banyak perkara. Antaranya : Merendah diri, menjadi lebih sopan dalam komunikasi (walau kadang kala terlepas juga), menjadi manusia yang lebih memahami. Bukan senang untuk aku menundukkan diri, aku jenis yang ingin menang, tapi di sini, aku belajar untuk tunduk. Tiada siapa yang mampu membantu, ianya terpulang kepada aku sendiri bagaimana untuk aku mengatasinya. Dan... walau bukan banyak, sedikit aku berubah. Dan aku harap, perubahan itu akan kekal dalam jiwa aku. Insha Allah :)

Terima kasih :

Puan Zerina Musa  (kerana percaya kepada ku, kerana membuatkan aku membuktikan kepadamu aku bukanlah budak jahat)
Puan Suhaimi Majid (kerana percaya bahawa aku boleh berjaya, tanpa penolakkanmu pada 18.1, mungkin waktu ini, aku tidak berada di sini)
Puan faizah Hashim (kerana tanpamu sedar, aku sangat menyayangimu, aku dapat rasa aura keibuan dari mu)
Puan Roshidah Zakaria (kerana sikapmu yang professional, menyebabkan aku masih meletakkan kepercayaan bahawa pihak atasan masih ada yang punya budi bicara, masih ada janjiku denganmu, mungkin puan lupa, tapi tidak saya )
Mr. Zuraimee (kerana sentiasa ada, sentiasa menyokong walaupun pedas berbisa, tapi itu menjadikan saya sebagai seorang manusia)
Puan Elizaberth Sanga (kerana memberi ruang untuk anakmu ini belayar jauh ke sini, walau hatimu terluka dengan ketiadaanmu, tapi redha dan doa mu membawa aku berada di tempat ini)
Cik Rabiatul Hanis Rossli (kerana, disaat semua orang tidak mampu menerimaku, kamu ada sebagai seorang kawan yang menyokongku, yang berada disisi ku walau banyak masa ku tidur sahaja, tapi kamu tidak pernah meninggalkan aku sendirian)
Rakan seperjuangan yang lain, tanpa sokongan kalian, tanpa kata kata kalian, aku tidak akan menjadi seperti hari ini. Ini kejayaan kita bersama..

Wednesday, May 22, 2013

Budak berlagak

Entah apa salah aku agaknya.. Berkali kali kol, pas aku angkat boleh pulak kate aku budak berlagak pulak.. Nasib badan lah.. Nasib baik lah aku angkat.. Kalau aku tak angkat, agaknya apa nak di kata. Hurnm.. Ikut lah~ 

Adeh.. Dunia ku yang serba haru biru, inilah kehidupan.

Monday, May 20, 2013

Praktikal semula selepas sebulan

Sakit kaki :( berdiri je tanpa buat apa di Jabatan Kecemasan HpD memang membuatkan aku sangat sangat sakit kaki. Rase nak tercabut pulak rasa kaki ni.. Ayo. Itu lah, bila balik je dari hospital memang x sempat nak inform sapa sapa, yang penting sampai kat hostel mandi dan tidur. Kesian sungguh la kat aku.. Hehe.. Dalam enak aku cuba menidurkan diri, ada pula manusia yang kol aku sampai berbelas kali, pilihan terakhir aku silentkan handphone dan tidur dengan lenanya.. Muahahaha.. Pagi ni baru aku perasan, dan baru aku reply, tapi untuk kol balik tidak sama sekali kot. Setia ku pada manusia hanya sekali, setelah segala kepercayaan aku dinodai, jangan harap aku akan menjadi seperti di awal perkenalan.. Heh heh

Sunday, May 19, 2013

39 hari lagi

Menghitung hari untuk meninggalkan pagar pintu kolej jururawat masyarakat Port Dickson ini, terasa baru semalam aku melangkah masuk (dengan baju kurung biru ku itu), terasa baru semalam aku ingin berhenti, terasa baru semalam aku menerima panggilan dari JPA. Tak sangka hanya tinggal 39 hari lagi.. Selepas ini, aku tidak tahu ke mana langkah kaki, kalau JPA sudi memendekkan tempoh belajar yang pohon tempoh hari, ok la.. Sementara menunggu panggilan kerja JM, ade jugak menda nak dibuat, kalau JPA tidak mahu? Nasib lah, terpaksa mencari kerja lain.. Huhu.. Sadis pulak rasanya. 

Yang Sebenarnya aku :P

Kembali menjadi diri sendiri? Sama seperti 4 tahun yang lepas? Di mana segalanya aku lakukan seorang diri? Mungkin ya.. atau masih lagi berada dalam kesamaran. Atau yang paling mungkin, aku kembali menyorokkan warna dan belang asal lalu berpura pura menjadi yang lebih baik? Sangat terasa keseorangan di waktu ini. Ya... ketika aku menaip bait bait patah perkataan ini, aku tersadai keseorangan di sebuah meja besar di dalam sebuah restoran yang tentunya ada Wifi. Hehe.. Itu sangat mengimbas segala kenangan aku ketika aku menjelajah bumi Putrajaya suatu masa dahulu. Apabila semuanya, aku lakukan sendirian. Tanpa nasihat daripada sesiapa, tanpa ada yang bertanya akan keadaan aku. Dan aku sangat selesa dengan keadaan sebegitu. Tapi mengapa hari ini, hati yang satu ini sangat walang bila bersendirian? Mungkin selama ini, aku terlalu dimanjakan tanpa aku sedar? Mungkin segala keperluan aku dipenuhi tanpa aku minta, walaupun kadang kadang untuk memenuhi keperluan itu, aku perlu mengorbankan hati dan perasaan. Seketika, aku mensyukuri apa yang aku ada, tapi adakala, aku inginkan kehidupan aku yang asal. Bila ada seseorang menyatakan bahawa dia tidak sanggup menghadapi komitment, aku menjadi sangat marah, tapi dalam tidak aku sedar, aku adalah orang yang tidak sanggup berdepan dengan komitment, aku jualah yang sanggup melarikan diri dari semua masalah. Ala.. Itu biasa.. semua orang kadang kadang takut dengan masalah yang mereka hadapi.. 

Tidak lama lagi, semua yang aku lalui sekarang akan hilang, mungkin tidak banyak yang akan aku ingat, cuma ada sesuatu yang akan kekal selamanya dalam hati. Tournament Futsal terutamanya, mana mungkin aku lupa kemenangan yang membolehkan aku mewakili Zon Selatan, mana mungkin aku lupakan kekalahan Zon Selatan kepada negeri kesayangan aku Zon Sarawak, mana mungkin aku lupakan Hazmizan pelatih PKA yang aku kenal yang juga merupakan wakil untuk Zon Sarawak, mana mungkin aku lupa Azlan Khalili, jurulatih personal untuk posisi GK yang aku sandang. Serta, mana mungkin aku lupakan Phantomin yang aku sertai walau hanya sebagai krew. Sesuatu yang indah sepanjang aku bergelar "budak sekolah" Aku yang seperti biasa, sangat menyukai alam persekolahan :P jadi ini mungkin yang terakhir. enjoy my life.. yeahhhh..





Saturday, May 18, 2013

Sebana Kumang Seda

Dinga sulu.. 
Pangan ti nuan rindu tu
Jauh ari menua
Enda ulih terpulai ke diri 
Dinga indai... 
Anak andai nuan
Idup enda meruan
Agi lia amat
Ngidup ke diri
Dinga apai..
Kumang nuan mayuh penusah
Tang sada nyawa enda ulih datai
Nyabak seilu ilu ngenang 
Tang enda ngawa
Bisi ari ila
Kitai betemu baru..
Ngarap ka kita gerai semua

Friday, May 17, 2013

Praktikal Posting

Uwaaaaa.. Esok aweQ kesayangan aku alias sahabat selamanya itu terpaksa packing barang dan berposting ke kuala pilah, aku pula masih berada di Hospital PD.. Tinggallah aku keseorangan di dalam bilik tu, memandangkan roomate yang sorang lagi itu pun pergi ke kuala pilah. Terasa nak gelak guling guling bila C aweQ tahu yang roomate kitaorang akan ke kuala pilah bersamanya. Cemberut gile.. Wakaka. Ada seronoknya, tapi dalam masa yang sama, aku mungkin rasa sunyi tanpa seorang kawan yang sangat faham dengan aku. Sob sob sob.. 
Wajah kesayangan hamba.. Ekekeke

Seorang lemah lembut vs aku yang kasar (tapi dia tetap mampu melihat sisi lembutku :P), seorang yang rajin study vs aku yang buat sambil siap boleh bawa bantal dalam dewan kuliah, seorang skema badak, mengikut segala prosedur vs aku yang sentiasa buat kerja shortcut (padan muka, failed trial tempoh hari, baru tau nak buat betul betul selepas itu),  seorang makan sayur vs aku yang allergic dengan sayur (dia memang tukang kutip tauge dalam pinggan aku, sebelum tauge tu aku campak dalam tong sampah.. Huhu), yang paling penting, dia boleh faham aku dan dia tunjuk yang dia faham aku menyebabkan aku begitu setia melekat dengan dia. Bukan senang untuk faham orang seperti aku, dia perlukan kesabaran yang sanat tunggi untuk melayan karenah aku yang lebih kurang adik beradiknya dengan sesumpah.. Sekejap lemah lembut, sekejap macam ribut, sekejap ceria, dalam masa yang sama boleh mengundang bala. Tidak ramai yang berani dekat dengan aku, dia juga yang berani.. Itu istimewanya dia.. 

Uwaa.. Esok dia xde da.. Tiga minggu pulak tu.. Jangan pisahkan aku dan dia.. Tuhan tolonglah.. Ku cin.. Eh.. Cinta tak.. Haram perempuan bercinta dengan perempuan, nabi tidak mengaku umat. Tengah aku sibuk menaip blog, dia ada di sebelah aku sibuk membaca komik doraemon sambil menunggu panggilan dari milo kosong, (aku pula tengah menyumbat telinga dengan headphone yang besar lebih kurang dengan size kepala) aahh.. Jumaat yang indah. Penghulu segala hari..hehehehe

Thursday, May 16, 2013

Fareware preparation

Assalamualaikum :) bahagia rasa jiwa bila sampai ke penghabisan. Bersedia pula untuk preparation fareware.. Tema untuk kumpulan Januari 2011 - colour blocking plus red karpet. Bagaimana nak cari colour striking untuk orang black and white macam aku ni? Huhu.. Idea rakan sepejuangan yang sering kali menimbulkan kontroversi. Tapi uniknya, kami adalah satu satu nya kumpulan yang tidak menggunakkan khidmat hotel, kami adalah yang satu satunya mementingkan makanan (haha).. Kalau group yang lain lebih kepada glamour, kami pula lebih kepada low class tapi biar semua lecturer serta Clinical Instructor dapat merasa apa yang kami usahakan.. Dalam pertelingkahan, tetap ada kesepakatan. Itu lah kumpulan Januari 2011 Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson yang aku banggakan dan yang paling aku sayang.. Hehe..


Oklah.. Main issue.. Aku ngah pening nak cari baju.. Jadi, siapa lah boleh bantu aku  untuk mencari sesuatu yang begitu "bersinar". Kuikui.. Kalau pakai jersi ngan tracksuit plus selipar jepun aci x? Haha.. Oklah tu dari tiada. Wakaka.. 

Itu baru pasal baju.. Personal problem? Ish xboleh xboleh... Mana boleh cerita kat blog.. Cukup aku terkena pengalaman pertama berbloging.. Huhu.. Rase sangat best bila kena hentam dengan anonymous (orang yang x kenal) orang yang memang tak pernah jumpa kita, tetapi terus judge sapa kita melalui penulisan, itu memang sangat annoying.. Haha.. Kenapa masih aku ketawa? Kerana itu yang mengajar aku untuk berhati hati lainkali.. Jangan terlalu percaya pada manusia, simpan peratus untuk dikecewakan.. Akhirnya, aku juga yang sering melukakan orang, dan disebabkan itu, aku sangat takut untuk membenarkan orang lain menyayangi aku. Huhu.. Aku lebih selesa menguruskan hidup sendiri. Walau dalam masa yang sama aku inginkan pendamping hidup, aku masih percaya bahawa takdir aku tetap "one" selamanya..

Akhirnya berakhir

Setelah sekian lama, setelah dua tahun lebih aku usahakan (kononnya padahal main yang banyak) hehe.. Hari ini berakhir lah sudah masa dan waktu yang selama ini menjadi mimpi ngeri, yang menyebabkan aku stress sehingga memaksa tubuh aku semakin gendut..(ayarkk!!) setelah bermacam macam ragam manusia yang aku jumpa dan hadap (terutamanya roomate aku) terasa ingin sekali aku mempercepatkan waktu untuk keluar dari penjara ini.. Wahahaha.. Ahh.. Bercerita tentang roomate, bukan aku hendak membuka aib sesapa, tapi, aku dah terlalu sabar selama ni.. Wargh.. Rasa nak jadi hulk pulak rasa nya.. Mana kan tidak, setiap kali dia bangun tidur, setiap kali itu lah pintu bilik ngan pintu almari tu berdentum kena hempas.. Apa masalah dia aku tak taw la.. Nampak ayu, tapi.. Huh.. Wat dosa je aku je cerita..wat sakit ati pun ada.. Huhu..

Pasni masa untuk release tension.. Teringin nak makan mcd pulak.. Keke.. Kan best kalau PD tu ade McD delivery. :P

Sunday, May 12, 2013

Final exam - first day

Assalamualaikum :) berlalu sudah hari pertama Final Exam.. Syukur alhamdullilah.. Segala soalan memang ada dalam kepala.. (Sebab itu saja yang aku baca sebenarnya) kalau keluar soalan lain, memang haru biru jawapnya.. Huhu..

Seawal pagi, ku pohon doa dan restu orang orang yang berkenaan.. Semoga doa mereka mengiringi perjalanan ujianku.. Dan setenang yang mungkin aku sembunyi segala permasalahan yang melanda, aku cuba simpan kemas kemas dalam poket, bukan sekarang untuk masalah itu memunculkan diri..


Ini adalah muka depan kertas soalan yang aku hadapi hari ini.. Di dalamnya terdapat 4 soalan yang harus aku jawap semua.. Huhu.. 

Soalan pertama : Diabetes Mellitus - pecahan soalan a) nyatakan faktor risiko bagi penyakit tersebut, b) nasihat berkenaan dengan pemakanan dan jagaan kaki c) komplikasi penyakit DM.. Memang aku syukuri sangat sangat, kerana topik ini sering aku belek sejak dua tiga hari ini.. 

Soalan kedua pembedahan mastectomy. Soalan ini pernah keluar semasa ujian trial aku tempoh hari dengan variasi yang lebih kurang sama. Alhamdullilah sekali lagi.. Soalan ketiga : Nephrotic syndrome. Soalan ni pun pernah keluar exam semester 2, di mana aku pernah terkedu dengan soalan ni. Sampaikan aku tanya kertas soalan tu, "aku pernah ke tidak belajar topik ni" huhu.. Memang parah la keadaan aku masa tu, nasib baik lulus dengan markah nyawa nyawa ikan. Menyebabkan aku sangat ingat dengan topik ini. Dan, soalan keempat adalah warga tua dan kesihatan mental. Agak sedih, sebab aku prepare untuk soalan skizoprenia tapi soalan yang menjadi kelemahan aku pulak keluar. Rahmat yang diberikan kepada aku untuk turun kelas Puan Zuraidah, pada hujung minggu memang sangat membantu.. Terima kasih tidak terhingga cikgu :)

Jadi, untuk esok, aku masih mengharapkan yang terbaik. Esok adalah subjek major aku, co business aku sebagai bakal seorang Jururawat Masyarakat. Dan subjek yang agak aku minat, jarang sekali aku tidak aktif dalam subjek ini.. Jadi, memang aku mengharapkan yang terbaek. Insha Allah. 













Saturday, May 11, 2013

Dunia yang terkadang kelabu

Saat dan ketika ini, saat aku menaip dengan keypad Mr. Iphone, fikiran sangat bercelaru.. Sesak, penuh dengan bebanan yang sebenarnya aku tidak tahu puncanya dari mana.. Mungkin, tertekan dengan hari yang semakin mendekat turut mempengaruhi hati dan perasaan.. Seperti biasa, bila dalam keadaan yang seperti ini, yang aku harapkan hanya tidur sepanjang hari atau mungkin "bermain" air.. Hehe.. Hari hari terakhir, aku tempuhi dengan tidak begitu cemerlang.. Disebabkan aku ponteng kelas malam, pertama disebabkan setiakawan yang aku pegang, dan yang kedua, aku diserang gastrik pula pada malam tersebut.. Setiakawan yang aku pegang hanya kerana tidak sanggup melihat kawan yang pergi mengadu berkenaan dengan pengajar tentang kehadiran kelas yang tidak sepatutnya.. Tindakan yang kurang bijak bila seorang guru sanggup mengorbankan waktu tidurnya tetapi ini pula balasan yang mereka beri. Aku terpaksa mengalah dengan situasi tersebut, lagipun malam itu aku memang agak penat.. Huhu~ 

Jadi, pagi tadi, aku ambil bahagian dalam kelas, tahu aku bukan lah pandai sangat.. Nak harapkan "goreng" saja.. Takut nanti tersalah goreng, hangus pula.. Sayu pula bila melihat guru berkecil hati dengan karenah rakan seperjuangan yang kadang kadang pada mata aku ini tidak berjuang ke arah sesuatu yang bagus. Sangat sedih.. Tapi apakan daya, kita masing masing punya citarasa yang berbeza :P mengharapkan minggu depan aku lalui dengan penuh cemerlang.. Ini jalan yang aku pilih.. Jalan yang aku impikan dari kecil, yang Mami terapkan dalam jiwaku.. Sangat harapkan doa semua semoga aku tempuhi Final Exam Basic Jururawat Masyarakat dengan jaya.. Sekian :)





Friday, May 3, 2013

Dari SebeRanG LauT cHiNa SeLaTan

Assalamualaikum readers.. Terasa sunyi dan keseorangan malam ini.. (Aku memang sedang keseorangan pon dalam rumah) semua rakan seperjuangan balik ke kampung. Aku tercicir. Kampung jauh di seberang laut china selatan. Sambil menaip blog, melayan lagu "sape". Lagi membuatkan jiwa rasa sangat ingin kembali. Entah, sejak akhir akhir ini, setelah hampir ke penghujung perjalananku di sini, keinginan itu semakin membuak. Mungkin aku sudah mulai muak untuk berada di tempat orang, jauh dari keluarga tercinta. Jauh dari insan istimewa terutamanya bila dia yang kita panggil ibu..

Sedangku menaip disini, bertemankan sebuah lagu, ada di kalangan kawan ku mungkin berada di dalam bas, kereta, kereta api.. Tapi, yang sedikit mengusik perasaanku, sudah tentunya yang berada dalam kapal terbang.. Menanti masa dan ketika untuk menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalangku yang bertuah itu. Mungkinkah di bulan puasa nanti aku boleh balik buat sementara seperti terdahulu? Hati ini semakin tidak dapat untuk dibohongi.. Bandar Sibu sering kali menjadi igauan. Huhu.. Parah sudah ba ini.. Kalau tugu Swan yang gah berdiri di belakang wisma sanyan itu pon aku mampu ingat, memang patut aku balik.. Haha.. Mungkin orang kata, aku masih dalam malaysia, budaya tidak banyak beza. Memang.. Tetapi, dalam tidak banyak beza itu, pasti ada sedikit perbezaan.. Bahasa, budaya, makanan (paling utama).. Mana aku nak cari umai disini? Mana aku nak cari terung iban? Mana aku nak cari mee kampua? Mana aku nak cari ayam pansuh? Tak ada pon.. Kalau aku nak merasa, mungkin aku kena terbang ke johor.. Haha.. Kat situ kemungkinan besar ada. Setelah 5 tahun aku disini, aku masih lagi tidak dapat menerima kepedasan masakan disini. Jadi, aku prefer menu dari pantai timur yang rasanya agak manis sedikit. Kalau negeri sembilan dan melaka, aku angkat bendera putih awal awal.. Terutamanya melaka.. Ini adalah pengamalan sepanjang posting di sana. Masak blackpepper, bukan setakat blackpepper yang ada, sekali ngan cili api pun masuk sekali.. Memang terbaik.. Akhirnya, menu selamat untuk penghidap gastrik seperi aku, ambik je la ayam goreng. Huhu.. Tak ada nikmat hidup pula rasanya.. Tapi, tetap aku syukuri apa yang ada..

Semoga perjalanan kalian dipermudahkan.. Mungkin nanti, tiba giliran aku pula :) sekian.............

Wednesday, May 1, 2013

Rindu sang kekasih

Jika semalam aku sendiri
Mencari makna diri..
Jika semalam masih lagi aku berdiri..
Kaku terkelu terkedu
Melihat yang lain
Berlumba turut serta
Aku masih lagi di situ..
Sama.. Tiada beza..
Kekuatan yang langsung tiada
Hari ini..
Aku gagahkan kaki melangkah
Berusaha dengan kudrat yang ada..
Kujadikan jentayu itu sebagai teladan
Biar patah sayap, bertongkat paruh sayang..
Patah paruh bertongkat dagu kasih..
Patah dagu, bertongkat kuku srikandiku..
Lantas itu,aku beranikan hati selangkah ke depan..
Tapi belum pun separuh kaki ku jejakkan..
Ada tangan cuba menggapaiku..
Meminta berjalan bersama..
Tapi semuanya masih samar di mata kasar ku
Ketakutan kembali melanda
Sesungguhnya aku bukan manusia yang sempurna
Lalu.. Aku.. Masih lagi di situ.

Hanya kerana kata kata

Terganggu.. Itulah keadaan aku dalam seminggu ni. Mungkin tarikh penting semakin mendekat.. Kepala semakin tidak dapat menampung bebanan yang kian berat. Itu baru akal dan fikiran. Belum masuk lagi hati yang tidak keruan. Sakit dibuatnya.. Sehingga fizikal aku tidak mampu untuk bergerak. Seperti kebiasaan, apa yang mampu aku lakukan hanya merelaks kan jiwa yang bergelodak. Maka terlantar lah aku di atas katil setelah jam tepat pukul 9pm.. Memang sejak akhir ini aku menjadi semakin tidak larat. Penat. Hingga ada kawan seperjuangan mengur adakah aku sakit atau deman. Huhu, nanpaknya memang keadaan aku semakin teruk. Biarlah.. Seketika cuma.. Biasa sudah.. Tiada siapa yang mampu ubah jika aku berada dalam keadaan yang perlukan tenaga.

Semalam.. Contact mami.. Semakin menjadi rindu padanya.. Haha.. Entah bila boleh jumpa. Banyak cerita yang aku kongsikan dengannya.. Dan yang paling wat aku terkejut, mami cerita dia nak tukar sport rim kereta barunya.. Aikk??? William aku tu pon standard je aku wat.. Mami leh nak wat sport rim.. Kalah satu mata ngan mami.. Haha.. Tinted memang confirm mami taruk punye.. Itu seri.. Cuma William lebih pada sound sistem.. Power amp, woofer and sub woofer.. Biasalah, aku ngan musik tak boleh dipisahkan. Biar keta standard, muzik kena chantek.. Hehe..tapi william kini hanya tinggal pada nama. Junior Yellow menyusul untuk menggantikan tempatnya.. Hehe.. Semuanya dalam perancangan.. Tunggu masa dan ketika saja untuk dilaksanakan. Slow slow.. Yang dulu kita dahulukan :P

Semakin hari semakin dekat, hati semakin berdetak.. Menanti hari yang bakal menentukan masa depan.. Dan juga nasib sebuah ikatan.. Keduanya membuat aku semakin dan semakin.. Kalah dengan permainan dunia..

Tuesday, April 30, 2013

Last two preparation

Menghitung hari untuk menghadapi masa yang bakal menentukan hala tuju hidupku. Sama ada kekal di pejabat hawa dingin Putrajaya, atau kembali ke tanah air tercinta. Kedua dua pilihan itu aku suka. Keduanya aku sayang. Hidup di Putrajaya memperlihatkan aku sebagai seorang gadis yang mentah usianya meniti kehidupan yang serba kepalsuan. Bukan sekali aku terjatuh, bukan sekali jua aku rebah. Cuma, aku gagahkan jua untuk melangkah. Banyak jatuh ku disana, tapi ia masih menjadi kesayangan ku. Sebab, di situ lah aku belajar tentang kehidupan. Di tanah air, aku dimanjakan. Apa yang aku inginkan, pasti aku dapat walau dengan apa cara sekali pun. Disana aku berada dalam lingkungan selamat. Mengembara di dunia yang aku tak punya sesiapa membuatkan aku cepat menghargai apa yang aku ada.

Mengajar aku untuk menghargai kasih sayang saudara yang aku tinggalkan jauh di seberang laut china selatan. Merindui apa yang penah aku ada. Tapi, yang aku abaikan selama ini. Huaa. Tak sabar untuk menjejakkan kaki ke sana. Rindu sangat. Mungkin perkara pertama yang aku akan buat, peluk Mami, and say "i Love you so much Mum.." 




Thursday, April 25, 2013

Milo Kosong Ais

Idea tiada. Terlalu kosong. Kepala sesak dengan ilmu yang dipaksa masuk ke dalam kepala otak. Huh. Sakit. Perit, terasa nak pecah pun ada. Jadi, untuk mengurangkan rasa stress yang aku alami lebih lebih lagi dalam masa dua hari ini, aku mula review balik blog blog lama aku sebelum ini. Baru perasan, sebenarnya aku terlalu banyak mendedahkan diri aku tanpa aku sedari. Mungkin tidak terlalu bagus untuk aku agaknya. hahaha

Semalam, aku menerima panggilan dari Bilik Gerakan Lambaian Sarawak, yang menyatakan bahawa nama aku berada dalam senarai balik ke sarawak secara percuma. Jika semalam perasan teruja itu membuak buak, hari ini, perasaan teruja yang membuak itu kembali suram. Management kolej seakan akan tidak membenarkan aku pulang, disebabkan jadual flight aku yang mengganggu hari bekerja yang mana aku harus berada di dalam kelas ketika itu. Hargh! Pening kepala di buatnya. Sakit hati pun ada. Akhirnya, aku serahkan kepada kekuasaan Allah SWT, kun faya kun. Kalau jadi, maka jadi lah. 

Sebenarnya aku sangat berterima kasih kepada seseorang yang membantu memasukkan nama aku dalam senarai tersebut. Biar saja lah aku gelar dia Milo Kosong Ais, comel kan? Hahaha.. Kawan baru yang aku kenali, orang senegeri. Dengan sekelip mata, tanpa aku menyatakan apa apa, maklumat aku semua di dalam tangannya. Huhu.. Seksa sungguh kalau dapat kawan yang terlebih pandai ni. Nampak macam slow je, tapi.. cerdik bukan main.

Perkara pertama yang membuatkan aku terkejut bila dia tahu, blog aku. Tapi aku teringat, ada seseorang juga yang pernah berbuat sedemikian. Tapi sejauh mana sekarang ni dia mengambil tahu, entah, aku tidak pasti. Biarlah. Hahaha.. Adeh.. Sakit kepala. Sesungguhnya aku benar benar mengharapkan keajaiban ketika ini. Ya Allah, bantu lah aku. 

Belum habis dengan Milo Kosong Ais, yang Teha kata dia tu nampak lurus. Hahaha.. Jangan marah XD.. Entah apa dia buat sekarang, entah dia baca atau tidak update yang terbaru, entah dia tahu atau tidak aku memang tidak mampu untuk sambung cerita Aku Mualaf Part 9. Entah bila Allah anugerahkan aku ilham.. Aku masih menunggu. Menunggu masa yang sesuai, menunggu dan terus menunggu lah kalau hendak diceritakan., Wahaha..

Aku mohon  pada semua, doakanlah semoga urusanku untuk kembali ke tanah ari berjalan dengan lancar, seperti yang aku harapkan. Dan sememangnya aku berharap  sangat sangat.




Tuesday, April 23, 2013

Sungai

Masih ingat dengan lagu "Sungai" ketika dalam alam persekolahan. Entah mengapa hari ini, aku teringat akan lirik lagu tersebut.

Airmu mengalir
Dari gunung jauh di sana
Tak berhenti henti
Hingga sampai di laut nanti
Masa juga kan berlalu meninggalkan kita
Gunakanlah sepenuhnya janganlah leka
Airmu mengalir
Dari gunung jauh di sana
Tak berhenti henti henti
Hingga sampai di laut nanti...

Kenangan yang aku tinggalkan lebih 13 tahun yang lalu, tiba tiba datang menyedarkan aku bahawa aku sedang membazir masa untuk mengejar matlamat aku sebagai seorang insan.. Huhu

Aku lebih banyak bermain dari serius dalam penumpuan yang sepatutnya, tapi disebabkan aku memang jenis orang yang tak pernah serius, agak sukar untuk aku mendisplinkan diri untuk mencapai matlamat. Contoh, kononnya pas abih kelas, nak sambung study, tapi yang aku buat? Peluk bantal guling guling atas katil.. Memang best.. Hihi.

Post kali ni? Xde ape pon.. Aku cuma rindu pada tanah tumpah darahku.. Rindu sangat sangat..


Sunday, April 14, 2013

Repeated exam

Huargh... Malas bebenar rasa untuk bangun pagi tadi. Setelah kepenatan keluar dengan fateha semalam membuatkan aku balik dengan keadaan yang sangat letih lesu. Tapi terpaksa bangun bila aku teringat tentang baju sekolah yang belum di"iron".. Seperti biasa sebelum ke dewan peperiksaan, kami akan dikuarantin di dalam library. Dan aku sangat suka berada di situ kerana ada nya line wifi free.. Hehe.. Boleh aku online sampai lebam.. Meja kat library pon besar.. Leh aku letak kepala aku dan belayar ke alam yang lain.. Fuh~ moment yang sangat indah dan terbaek sekali. Tapi yang tak baeknya adalah apablia pengajar mulai berleter.. Perit je rasa telinga aku ni nak mendengarnya.

Setiap insan pasti ada masalah. Terpaksa lah hadap. Harung je la macam tu. nak buat macam mana. Aku bukannya Tuhan yang boleh merencana masa depan sendiri. Huhu.. Tetiba rasa sayu, rasa pilu. Teringin sangat untuk balik ke pangkuan keluarga yang tercinta. Rindu pekan Selangau yang dulu menjadi tempat "dating" aku.. Haha.. Teringin nak jumpa bekas cinta pertama yang nyata kini sedang berbahagia dengan isteri tercinta. Aku macam biasalah, sentiasa kehilangan atas sebab aku memang jenis tak mampu untuk bersabar. Alahai... Nak buat macam mana..... K la..



Akukah yang terluka? Atau kita sama saja?


Aku hanya seorang manusia biasa yang zahir kelihatan sangat tabah. Tapi tahukah ketabahan yang aku pamerkan bukannya warna aku yang sebenarnya. Dalam hati menanggung luka dan lara yang dalam, yang pedih, yang sukar untuk sembuh. Aku bukan saja saja untuk mencipta perbalahan, aku bukan saja saja untuk mengingkari. Aku hanya manusia. Aku manusia yang dikurniakan dengan seribu satu kelemahan. Bukan sengaja aku lukakan orang lain. Aku pun tidak berniat untuk memusnahkan segala apa yang aku dapat.

Kesedihan yang tidak dapat orang hidu, yang tidak dapat mereka lihat. Aku tidak pernah mengharapkan simpati sesiapa, cuma aku minta tolong faham hati yang sedang terluka ini sedang melukakan hati orang lain. Ke mana hala tuju hidup kita? Aku tidak mahu terus melukakan, tetapi aku tidak sanggup untuk hadapi kehilangan. 

Hati yang ketika ini sedang meratapi sebuah kisah yang hampir ke penyudah.. Hati yang ketika ini cuba mencari jawapan, kenapa terpaksa menerima segala ujian. Tidak cukupkah dari kecil, di ambang usia ku belasan tahun untuk ku hadap keperitan hidup seorang diri? Tidak cukupkah, aku ditinggalkan tanpa sesiapa sudi memandang? Tidak cukupkah semua itu? Tidak cukupkah?! Hati yang aku miliki bukan sekeping besi. Bukan seketul intan. Aku hanya manusia biasa. Yang terlalu biasa, namun yang seringkali mengharapkan luar biasa.

Aku pernah ingin berubah, berubah untuk menjadi yang lebih baik, yang lebih bermaruah, yang lebih bagus. Bukan aku minta orang sanjung dengan perubahan yang aku mulakan, cukup sekadar hargai dengan apa yang aku usahakan. Aku pernah tersalah langkah, jadi janganlah biarkan aku melangkah lagi seorang diri. Aku terlalu biasa untuk berjalan seorang diri. Aku juga ingin menjadi seorang perempuan yang berpurdah, yang menutup segala auratnya, yang tidak pernah meninggalkan solatnya, yang taat kepada kedua orang tua dan suaminya, yang menjaga kemaluannya, yang menjaga puasanya. Bukan tidak pernah terlintas di hati, aku juga ingin menjadi ahli syurga. 

Namun, aku masih lagi punya hati yang aku sendiri tidak mampu jinakkan. Mungkin tiba masanya, untuk aku hentikan segalanya. Kembali melihat, ke mana arah tuju, kembali meneliti, kenapa aku dilahirkan ke dunia, kenapa aku diuji sebegini rupa dan kenapa dan kenapa. Pasti akan ada hikmah di sebalik segala yang Allah jadikan, Tidak akan ada setiap kejadiannya itu sia sia. Aku masih lagi percaya, kasih sayang Allah itu ada untuk aku. Aku masih lagi memegang, Allah itu Tuhanku, Nabi Muhammad itu junjunganKu, Islam itu agamaku, dan muslimin serta muslimat itu saudaraku. Insyallah sehingga nafas yang terakhir, sehingga roh berpisah dengan jasad, aku tidak akan lupakan kalimah yang aku ungkapkan pada 23.01.2009 - Asyhadu Alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhamdurrasullah. (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad (SAW) itu pesuruh Allah)




Friday, April 12, 2013

Kembali menjelma

Aduh, lama rupanya aku tinggalkan laman ini. Gara gara menyibukkan diri dengan blog lain, aku tinggalkan begitu saja. Tapi, bila aku jenguk kembali, masih ada yang istimewa, jadi aku memutuskan untuk kembali menconteng di sini. 

Kehidupan aku di Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson hampir saja selesai, kurang tiga bulan lagi, aku akan meninggalkan kolej ini. Ada rasa sebak mulai bertapa di dada, ada rasa berat hati untuk pergi. Walaupun kebanyakkannya pahit, namun, aku gagahkan jua untuk melangkah agar, semua yang terlibat mendidik aku akan merasa bangga dengan apa yang aku capai. Itu janji. 

Baru saja menghabiskan trial untuk final exam. Pertama kali menghadapi kegagalan, memang agak sukar. Ia membuatkan mood aku sangat kurang dan rasa sangat rendah diri serta malu. Malu kerana selama ini aku adalah di antara pelatih yang biasa saja, namun bukan calon untuk gagal. Memang memalukan, dan kerana itu, mood untuk menulis semakin marak. Hahaha..

Ini gambar terbaru aku selepas keluar posting untuk semester 3,4 dan 5. Agak gemuk dan hitam. Entah apa yang aku lakukan sampai boleh jadi begitu sekali aku pun tak tahu. Huhuhu.. Sedey.


Gemok + skema.. hahaha.. padanan yang anggun

Sebelum masuk ke dewan peperiksaan di awal pagi. Haha.. Kepala memang kosong, jawap dengan apa yang mampu ingat. Tapi itu lah balasannya. Haha. Tidak mengapa, belajar dari kesilapan. Dan jangan lakukan kesilapan yang sama :)