Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Sunday, April 14, 2013

Akukah yang terluka? Atau kita sama saja?


Aku hanya seorang manusia biasa yang zahir kelihatan sangat tabah. Tapi tahukah ketabahan yang aku pamerkan bukannya warna aku yang sebenarnya. Dalam hati menanggung luka dan lara yang dalam, yang pedih, yang sukar untuk sembuh. Aku bukan saja saja untuk mencipta perbalahan, aku bukan saja saja untuk mengingkari. Aku hanya manusia. Aku manusia yang dikurniakan dengan seribu satu kelemahan. Bukan sengaja aku lukakan orang lain. Aku pun tidak berniat untuk memusnahkan segala apa yang aku dapat.

Kesedihan yang tidak dapat orang hidu, yang tidak dapat mereka lihat. Aku tidak pernah mengharapkan simpati sesiapa, cuma aku minta tolong faham hati yang sedang terluka ini sedang melukakan hati orang lain. Ke mana hala tuju hidup kita? Aku tidak mahu terus melukakan, tetapi aku tidak sanggup untuk hadapi kehilangan. 

Hati yang ketika ini sedang meratapi sebuah kisah yang hampir ke penyudah.. Hati yang ketika ini cuba mencari jawapan, kenapa terpaksa menerima segala ujian. Tidak cukupkah dari kecil, di ambang usia ku belasan tahun untuk ku hadap keperitan hidup seorang diri? Tidak cukupkah, aku ditinggalkan tanpa sesiapa sudi memandang? Tidak cukupkah semua itu? Tidak cukupkah?! Hati yang aku miliki bukan sekeping besi. Bukan seketul intan. Aku hanya manusia biasa. Yang terlalu biasa, namun yang seringkali mengharapkan luar biasa.

Aku pernah ingin berubah, berubah untuk menjadi yang lebih baik, yang lebih bermaruah, yang lebih bagus. Bukan aku minta orang sanjung dengan perubahan yang aku mulakan, cukup sekadar hargai dengan apa yang aku usahakan. Aku pernah tersalah langkah, jadi janganlah biarkan aku melangkah lagi seorang diri. Aku terlalu biasa untuk berjalan seorang diri. Aku juga ingin menjadi seorang perempuan yang berpurdah, yang menutup segala auratnya, yang tidak pernah meninggalkan solatnya, yang taat kepada kedua orang tua dan suaminya, yang menjaga kemaluannya, yang menjaga puasanya. Bukan tidak pernah terlintas di hati, aku juga ingin menjadi ahli syurga. 

Namun, aku masih lagi punya hati yang aku sendiri tidak mampu jinakkan. Mungkin tiba masanya, untuk aku hentikan segalanya. Kembali melihat, ke mana arah tuju, kembali meneliti, kenapa aku dilahirkan ke dunia, kenapa aku diuji sebegini rupa dan kenapa dan kenapa. Pasti akan ada hikmah di sebalik segala yang Allah jadikan, Tidak akan ada setiap kejadiannya itu sia sia. Aku masih lagi percaya, kasih sayang Allah itu ada untuk aku. Aku masih lagi memegang, Allah itu Tuhanku, Nabi Muhammad itu junjunganKu, Islam itu agamaku, dan muslimin serta muslimat itu saudaraku. Insyallah sehingga nafas yang terakhir, sehingga roh berpisah dengan jasad, aku tidak akan lupakan kalimah yang aku ungkapkan pada 23.01.2009 - Asyhadu Alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhamdurrasullah. (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad (SAW) itu pesuruh Allah)




0 comments:

Post a Comment