Assalamualaikum :) berlalu sudah hari pertama Final Exam.. Syukur alhamdullilah.. Segala soalan memang ada dalam kepala.. (Sebab itu saja yang aku baca sebenarnya) kalau keluar soalan lain, memang haru biru jawapnya.. Huhu..
Seawal pagi, ku pohon doa dan restu orang orang yang berkenaan.. Semoga doa mereka mengiringi perjalanan ujianku.. Dan setenang yang mungkin aku sembunyi segala permasalahan yang melanda, aku cuba simpan kemas kemas dalam poket, bukan sekarang untuk masalah itu memunculkan diri..
Ini adalah muka depan kertas soalan yang aku hadapi hari ini.. Di dalamnya terdapat 4 soalan yang harus aku jawap semua.. Huhu..
Soalan pertama : Diabetes Mellitus - pecahan soalan a) nyatakan faktor risiko bagi penyakit tersebut, b) nasihat berkenaan dengan pemakanan dan jagaan kaki c) komplikasi penyakit DM.. Memang aku syukuri sangat sangat, kerana topik ini sering aku belek sejak dua tiga hari ini..
Soalan kedua pembedahan mastectomy. Soalan ini pernah keluar semasa ujian trial aku tempoh hari dengan variasi yang lebih kurang sama. Alhamdullilah sekali lagi.. Soalan ketiga : Nephrotic syndrome. Soalan ni pun pernah keluar exam semester 2, di mana aku pernah terkedu dengan soalan ni. Sampaikan aku tanya kertas soalan tu, "aku pernah ke tidak belajar topik ni" huhu.. Memang parah la keadaan aku masa tu, nasib baik lulus dengan markah nyawa nyawa ikan. Menyebabkan aku sangat ingat dengan topik ini. Dan, soalan keempat adalah warga tua dan kesihatan mental. Agak sedih, sebab aku prepare untuk soalan skizoprenia tapi soalan yang menjadi kelemahan aku pulak keluar. Rahmat yang diberikan kepada aku untuk turun kelas Puan Zuraidah, pada hujung minggu memang sangat membantu.. Terima kasih tidak terhingga cikgu :)
Jadi, untuk esok, aku masih mengharapkan yang terbaik. Esok adalah subjek major aku, co business aku sebagai bakal seorang Jururawat Masyarakat. Dan subjek yang agak aku minat, jarang sekali aku tidak aktif dalam subjek ini.. Jadi, memang aku mengharapkan yang terbaek. Insha Allah.
0 comments:
Post a Comment