Kembali menjadi diri sendiri? Sama seperti 4 tahun yang lepas? Di mana segalanya aku lakukan seorang diri? Mungkin ya.. atau masih lagi berada dalam kesamaran. Atau yang paling mungkin, aku kembali menyorokkan warna dan belang asal lalu berpura pura menjadi yang lebih baik? Sangat terasa keseorangan di waktu ini. Ya... ketika aku menaip bait bait patah perkataan ini, aku tersadai keseorangan di sebuah meja besar di dalam sebuah restoran yang tentunya ada Wifi. Hehe.. Itu sangat mengimbas segala kenangan aku ketika aku menjelajah bumi Putrajaya suatu masa dahulu. Apabila semuanya, aku lakukan sendirian. Tanpa nasihat daripada sesiapa, tanpa ada yang bertanya akan keadaan aku. Dan aku sangat selesa dengan keadaan sebegitu. Tapi mengapa hari ini, hati yang satu ini sangat walang bila bersendirian? Mungkin selama ini, aku terlalu dimanjakan tanpa aku sedar? Mungkin segala keperluan aku dipenuhi tanpa aku minta, walaupun kadang kadang untuk memenuhi keperluan itu, aku perlu mengorbankan hati dan perasaan. Seketika, aku mensyukuri apa yang aku ada, tapi adakala, aku inginkan kehidupan aku yang asal. Bila ada seseorang menyatakan bahawa dia tidak sanggup menghadapi komitment, aku menjadi sangat marah, tapi dalam tidak aku sedar, aku adalah orang yang tidak sanggup berdepan dengan komitment, aku jualah yang sanggup melarikan diri dari semua masalah. Ala.. Itu biasa.. semua orang kadang kadang takut dengan masalah yang mereka hadapi..
Tidak lama lagi, semua yang aku lalui sekarang akan hilang, mungkin tidak banyak yang akan aku ingat, cuma ada sesuatu yang akan kekal selamanya dalam hati. Tournament Futsal terutamanya, mana mungkin aku lupa kemenangan yang membolehkan aku mewakili Zon Selatan, mana mungkin aku lupakan kekalahan Zon Selatan kepada negeri kesayangan aku Zon Sarawak, mana mungkin aku lupakan Hazmizan pelatih PKA yang aku kenal yang juga merupakan wakil untuk Zon Sarawak, mana mungkin aku lupa Azlan Khalili, jurulatih personal untuk posisi GK yang aku sandang. Serta, mana mungkin aku lupakan Phantomin yang aku sertai walau hanya sebagai krew. Sesuatu yang indah sepanjang aku bergelar "budak sekolah" Aku yang seperti biasa, sangat menyukai alam persekolahan :P jadi ini mungkin yang terakhir. enjoy my life.. yeahhhh..
0 comments:
Post a Comment