Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Saturday, June 1, 2013

KejayaanKu :)

Alhamdullilah.. Keputusan Final Exam telah diumumkan. Dan aku diantara pelatih yang mendapat keputusan lulus dengan cemerlang.. Yeay.. Tepukan gemuruh untuk aku.. Terima kasih .. Terima kasih.. Kejayaan yang tidak aku duga sebenarnya ditambah lagi dengan keadaan aku yang bermain main sepanjang perjalanan aku sebagai seorang pelatih. Semua benda aku tidak pernah anggap serius dan kejayaan yang aku dapat sangat mengujakan.. Haha.. Sememangnya aku sangat lega, kerana sebelum Final bermula, aku telah berjanji dengan seseorang. Seseorang yang mengalirkan air mata kerana kenakalan aku. Seseorang yang terpaksa menghadap pihak atasan kerana kecuaian aku. Dan secara telusnya.. aku telah mengatakan "Puan, Im so sorry. Disebabkan kenakalan saya, puan terpaksa menghadapi semua ini. Maafkan saya, trust me, i will do the best for my Final. and, one more thing, im not a bad girl, juz a little bit naughty .. :p " Dan, dia reply simple, tapi sangat menusuk ke dalam sanubari orang yang tidak ambil peduli tentang orang lain seperti aku.. "Prove it". Di situ segalanya bermula, walaupun pada zahir aku nampak seperti bermain, tapi jauh disudut kesedaran aku, aku sedang berusaha untuk mendapatkan apa yang aku janjikan padanya. Dan, alhamdullilah.. aku berjaya.. aku berjaya membuktikan bahawanya aku bukan budak jahat yang selama ini pihak atasan pandang serong. Aku cuma sedikit nakal dalam melalui masa muda ku.


Kini, aku boleh berjalan tanpa aku rasa segan. aku boleh tersenyum, senyuman yang selama ini amat sedikit nilainya. Ya, di sini, aku ketawa riang bersama rakan seperjuangan yang lain, tapi hanya ketawa. Ia berbeza dengan senyuman yang aku ada. Ada satu kepuasan yang aku tidak dapat gambarkan. Mungkin pada orang lain, ini satu kejayaan yang biasa, yang tidak perlu dihebohkan, em em.. tidak bagi aku, bukan senang untuk aku melalui kehidupan sebagai seorang pelatih jururawat terutamanya JM. Aku yang biasa duduk di tempat senang, aku yang biasa segala kemahuan aku dituruti, aku yang biasa bersuara lantang, aku yang pernah ada kerjaya di tempat yang berprestige, bila tiba menjadi seorang pelatih, kedudukan aku berada di bawah sekali. Hingga satu saat dan ketika, aku rasa menjadi hamba. Penat lelah yang aku curahkan tidak pernah dihargai, bahkan kadang kala dicaci, aku cuma manusia, aku pernah cuba untuk berhenti pada 18.01.2011 (selasa) hanya 18 hari setelah aku mendaftar di Kolej, menunjukkan betapa aku bukan seorang yang kuat. Memang aku ingat tarikh itu, tarikh di mana aku merasakan aku sekadar seorang manusia yang tidak punya apa apa, tiada kawan, tiada ilmu, tiada sikap yang orang sukai. Nasib baik ketika itu, masih ada orang di dalam kolej itu percaya bahawa aku masih boleh berjaya, aku mampu menjadi kuat. Dan, memang aku hadapi segala karenah manusia dengan sendirinya, setiap air mata ketika bersengketa dengan rakan seperjuangan, tiada siapa yang tahu. Ianya sangat menyakitkan, tetapi dalam kesakitan itu, aku belajar banyak perkara. Antaranya : Merendah diri, menjadi lebih sopan dalam komunikasi (walau kadang kala terlepas juga), menjadi manusia yang lebih memahami. Bukan senang untuk aku menundukkan diri, aku jenis yang ingin menang, tapi di sini, aku belajar untuk tunduk. Tiada siapa yang mampu membantu, ianya terpulang kepada aku sendiri bagaimana untuk aku mengatasinya. Dan... walau bukan banyak, sedikit aku berubah. Dan aku harap, perubahan itu akan kekal dalam jiwa aku. Insha Allah :)

Terima kasih :

Puan Zerina Musa  (kerana percaya kepada ku, kerana membuatkan aku membuktikan kepadamu aku bukanlah budak jahat)
Puan Suhaimi Majid (kerana percaya bahawa aku boleh berjaya, tanpa penolakkanmu pada 18.1, mungkin waktu ini, aku tidak berada di sini)
Puan faizah Hashim (kerana tanpamu sedar, aku sangat menyayangimu, aku dapat rasa aura keibuan dari mu)
Puan Roshidah Zakaria (kerana sikapmu yang professional, menyebabkan aku masih meletakkan kepercayaan bahawa pihak atasan masih ada yang punya budi bicara, masih ada janjiku denganmu, mungkin puan lupa, tapi tidak saya )
Mr. Zuraimee (kerana sentiasa ada, sentiasa menyokong walaupun pedas berbisa, tapi itu menjadikan saya sebagai seorang manusia)
Puan Elizaberth Sanga (kerana memberi ruang untuk anakmu ini belayar jauh ke sini, walau hatimu terluka dengan ketiadaanmu, tapi redha dan doa mu membawa aku berada di tempat ini)
Cik Rabiatul Hanis Rossli (kerana, disaat semua orang tidak mampu menerimaku, kamu ada sebagai seorang kawan yang menyokongku, yang berada disisi ku walau banyak masa ku tidur sahaja, tapi kamu tidak pernah meninggalkan aku sendirian)
Rakan seperjuangan yang lain, tanpa sokongan kalian, tanpa kata kata kalian, aku tidak akan menjadi seperti hari ini. Ini kejayaan kita bersama..

0 comments:

Post a Comment