
Pertama , belajar untuk bercakap dengan nada suara yang tidak meninggi. Memang menjengkelkan bila berhadapan dengan situasi begitu, dan kadang kala, agak lucu bila semua orang memandang ke arah ku bila aku bersuara. Suara yang lantang, ditambah lagi serak basah, memang menyebabkan aku selalu menjadi tumpuan. Tapi, percayalah, kalau lama tidak bercakap, suara itu akan menjadi rendah tanpa kita sedar. Nak menjerit pun terasa sakit kerongkong. Huhu.. Kedua, belajar untuk merendah diri, disebabkan keyakinan dan ego yang tinggi, suatu masa dahulu, aku sangat bangga dengan apa yang aku ada, sehingga akhirnya, aku ditempatkan pada satu keadaan yang menyebabkan aku terpaksa menundukkan kepala untuk mendapatkan sesuatu. Dan disitu, aku belajar untuk menjadi humble. Pada mulanya, aku terasa sangat berpura pura, aku sakit. Dalaman dan jiwa aku memberontak. Aku tidak ingin untuk menunduk, tapi aku terpaksa. Sehingga, sedikit demi sedikit, walau tidak banyak perasaan menunduk itu meresap ke dalam jiwa. Mungkin proses penuaan, hahaha.. Ketiga, belajar untuk mengawal ego, ini antara sifat yang paling sukar untuk aku kikis, oleh kerana nama yang membawa maksud 'satu' yang sehingga kini aku kekalkan, aku sangat berkeyakinan bahwa aku adalahnya satu satunya, aku tidak ingin mengalah, aku ingin berada di atas. Jika dalam kumpulan, aku ingin menjadi ketuanya, walau aku sedar aku bukan seorang ketua yang baik, aku hanya boleh merancang, tapi aku tidak mampu untuk melaksanakan. Atas kesedaran demi kesedaran berdasarkan beberapa peristiwa yang 'mengetuk kepala aku yang agak degil' aku rendahkan ego ku. sedikit demi sedikit. Keempat, aku belajar untuk sabar, haha.. memang payah, bukan senang untuk berubah menjadi yang baik. Kita tidak akan sedar bahawa kita berubah, tapi orang sekeliling kita akan tahu.

Wanita, pesanku (untuk diri sendiri juga) jaga tingkah laku, kerana kita sebagai wanita simbol kelembutan, sayang jika ayumu dibaluti warna yang tidak menyenangkan. Jaga tutur katamu, pincang lemah gemalaimu hanya kerana pedas dan bisanya kata kata, kamu tahu, pujangga selalu berkata, hujung lidah itu lagi tajam dari sebilah pedang.Sempurnanya kamu bila auratmu dirimu jaga, solatmu tidak pernah kamu alpa, lantas kerana itu tingkah lakumu pasti sekata dengan tuturmu. Mungkin ada yang jelik, memandangku sebagai manusia yang pandai berkata kata, namun cuba untuk percaya bahawa setiap yang aku katakan berdasarkan apa yang berlaku, kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Masyarakat tidak suka pada sesuatu yang kasar. :) itu pengamalan. Aku yang pernah menjadi kera sumbang yang paling comel abad ini kerana tingkah laku yang kasar. Huhuhu.. nasib baik mampu balik ke pangkal jalan. Dan, paling penting, jangan kita cuba untuk melebihi lelaki. Walau sekarang dunia semakin maju (kononnya), jangan lupa asal kejadian kita daripada tulang rusuk mereka. Bukan dari tulang kepala untuk berada di atas, bukan juga dari tulang tapak kaki untuk berada di bawah, tapi dari tulang rusuk yang berada di tengah, untuk berjalan bersama mereka, untuk menjaga jantung mereka, menjaga paru-paru, menjaga hati.. Fikirkan.. bukan riak yang ingin aku sampaikan, aku juga masih berusaha untuk memperbaiki diri, cuma aku ingin semua yang tersesat ke laman ini berfikir sejenak, kita boleh menjadi lebih baik daripada semalam, jika kita inginkan. Pertama kali untuk berubah, pasti akan ada rasa hipokrit. Tak mengapa, tanpa sedar, kebaikan itu akan sebati dengan kita. Insha Allah :)
0 comments:
Post a Comment