Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Kesihatan : Tips dan Panduan kesihatan dalam kehidupan seharian

Bercerita tentang jagaan kesihatan terutamanya kesihatan kanak dan ibu mengandung yang diteladani melalui pembelajaran dan pengalaman.

Hanya Insan Biasa

Ini hanya insan biasa yang ingin menjadi biasa, ibarat ular ingin menjadi naga.

Cerita tentang kegagalan

Bukan sekadar kegagalan yang biasa tetapi kegagalan yang bakal mencorak kejayaan yang luar biasa.

Gadis Komuniti

Menabur Khidmat seikhlas hati.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, March 31, 2012

Pasar Malam - tempat yang dielakkan

1. Terlalu sesak

Kebiasaanya, pasar malam terlalu penuh dengan orang ramai, yang mana akan menyebabkan keadaan sesak. Dengan ruang yang sempit, kadang kadang terlanggar bahu orang lain. Membuatkan aku betul betul tidak selesa.

2. Terlalu panas

Biasanya, aku pergi pasar malam pada waktu petang (memandangkan aku boleh keluar sampai pukul 7pm), dan terasa sangat panas. Aku pulak memang jenis tak tahan panas dan aku tidak suka berpeluh (dalam keadaan aku berpakaian kemas, kalau aku dengan t-shirt dan track suit, aku tak kisah.. maen lumpur pun aku sanggup.ekekekeke)

3. Terlalu berbau

Yang ini memang aku tak leh nak tahan. Bau makanan, (me goreng, nasik goreng, goreng goreng), bau buah (?), bau barang basah (ikan, sotong, ayam, daging), bau bawang (sedap :p), bau manusia (erkkk). Bila semua bau ini bercampur, kepala aku yang memang dah sedia ting tong ni bertambah ting tong jadinya. Berpinar pinar, siap leh nampak bintang lagi tu.

4. Terlalu banyak pilihan

Aku tak reti memilih. Aku jenis yang kalau aku dah masuk kedai yang pertama dan aku jumpa barang yang aku cari dan memang dalam bajet aku, aku memang akan terus beli (tanpa pandai menawar harga barang atau survey barang kat tempat lain). Huhuhu.. aku rimas bila terpaksa pusing tempat banyak kali :p Dan yang paling penting, aku kesian bila tengok muke peniaga tu hampa kalau aku berlalu pergi tanpa membeli apa apa :)

5. Terlalu banyak makanan sedap

Ini akan menghabiskan duit aku yang serba serbi tak de ni.. Warghh.. Ini adalah di antara alasan yang paling aku tidak suka. Oleh itu, jauhi la pasar malam.. Kuang kuang kuang... :p


Friday, March 30, 2012

Maafkan aku

Salam pada silent reader.. sama ada yang sengaja datang bertandang atau tersesat menjengah dunia itu yang serba bulat. Pertama sekali, aku ingin memohon beribu keampunan kepada insan yang terasa hati dengan setiap luahan hati di kala akal gagal menguasai nafsu. Kadang kala kata kata boleh menyembuhkan manusia, bahkan boleh membunuh.. Aku tidak sanggup untuk membunuh, oleh itu, aku jelaskan di sini, bukan aku tidak sudi berkongsi segala masalah dengan insan lain, cuma aku tidak mengerti bagaimana harus aku menuturkan kata kata agar tidak melukakan orang lain. Lalu di sini menjadi medan tempat aku meluahkan perasaan. Sekurang - kurangnya beban perasaan aku ketepikan sedikit tanpa mencemar nama sesiapa. 

Jadi, hari ini aku mengambil keputusan, blog ini aku teruskan namun semua post post yang mengguris hati dan perasaan aku delete, post yang baru mungkin berkaitan dengan motivasi sahaja. So.. sekali lagi kemaafan aku pinta, walaupun jika tidak akan bertandang ke sini lagi.






















Wednesday, March 28, 2012

Dunia ku Yang Serba Gila

Gila - itu yang hanya mampu aku katakan. Macam macam perkara yang berlaku dalam masa yang serentak yang mana menyebabkan aku untuk mengambil keputusan biarlah aku sendirian di kala ini. Biarlah aku berpura pura untuk senyum di dalam dewan kuliah padahal hati merana bagai nak rak. Biarlah aku abaikan dulu permintaan mak aku yang sibuk nak cucu.. Mummy.. mana nak cari anak time time macam ni? Hadoi.. Kang amek anak angkat baru tau. Huhuhu. Aku dah tak boleh nak handle kehidupan aku yang sekarang ini. Aku tak tahu nak cerita dari mana. Kalau Bro Adi ada masa ni pun aku kelu seribu bahasa. dan akhirnya aku habiskan masa aku dengan tidur. Dalam dewan kuliah pun aku bantai tido.. Siap bawak selimut lagi tu.. Hohohoho..

Biarlah begini, mungkin sudah ditakdirkan aku bukanlah orang yang bertuah dalam berkasih sayang. Walaupun aku sering mencemburui rakan rakan yang disamping teman teman yang tersayang. Aku ? Masih lagi sama seperti dulu, kembali menyendiri, membalut hati yang luka, selotep elok elok supaya tak tercabut. Tapi bila aku teliti semula, hati itu memang akan pecah sampai bila bila. Tak sabar nak tunggu habis sekolah, nak balik ke pangkuan mummy.. Tinggal di semenanjung pun dah tiada apa lagi untuk dipertahankan. Baik pergi membawa sekeping hati yang pecah berderai. Mana tau, kot kot mummy aku leh fixed it.. kekekekeke..










Monday, March 26, 2012

Perjalanan hidup setelah setahun di KJMPD

Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson, nama sebuah institusi kerajaan yang selama ini banyak kenangan pahit manis kat aku. Mengajar aku untuk menjadi lebih rendah diri, mengajarku untuk merendahkan tahap keegoan ku yang maha tinggi, belajar untuk menjadi orang bawahan. Belajar segalanya (yang perit) . Dan disini, aku pertaruhkan masa depan aku, kononnya kerana minat, namun tidak mengapa, tangan ini pernah membantu yang sakit dengan penuh keikhlasan. Mata ini pernah melihat sengara ibu yang melahirkan, kasih ayah yang tiada tandingan, jiwa ini pernah menginsafi bahawa bertuahnya aku kerana sihat walafiat, lengkap segala sifat. 

Posting yang pertama di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kuala Pilah - Terima kasih kepada semua staff KKIA Kuala Pilah atas tunjuk ajar yang diberikan.

Salah seorang peserta untuk sukan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Aku wakil Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) - walaupun sebenarnya aku dari Sarawak dan member sebelah ni wakil dari Sarawak.

Posting untuk semester kedua bersama senior semester 4 di wad orthopedik - penat giler

Gambar beberapa hari lepas - saat pertama dapat beep (pangkat/paku) tidak dibenarkan dipakai pada masa itu.. so pegang je la.. hihihi...

Paku bacth aku ade dua line.. senior punye ada satu line. Ceritanya, budak pelatih PD memang lain daripada kolej lain di Malaysia, walaupun kemana saja kaki kitaorang melangkah, orang dapat mengenali kami adalah pelatih PD hanya dengan melihat paku yang tersemat di bahu. Biasanya paku pelatih lain ada satu je, so, senior tahun lepas diselaraskan penggunaan satu line ni, tapi tidak tahu kenapa, kami pakai paku dua line balik.. rezeki kot.. hehehehe :)


Tu dia.. dah pakai paku.. muke berlagak tahap dewa. Pengetahuan? On the top. Kekekeke.. Walaupun selalu tido, tapi telinga still on. Ini gambar sebelum aku keluar posting. (aku nampak line tu bersinar sinar la :p)

Thursday, March 22, 2012

Futsal Wanita - Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson

Seminggu berlalu, sukan berlangsung di Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson setakat ini berjalan dengan lancar. Aku seperti biasa menyibukkan diri di padang futsal. Terbahagi kepada 4 pasukan - merah, biru, hijau dan kuning ( macam budak sekolah rendah pun ada ). Aku mewakili pasukan kuning :) hehehe.. di sebabkan sejarah sebelum ini aku pernah mewakili zon selatan untuk acara futsal, jadi coach meletakkan harapan yang begitu besar kepada aku. (yang aku tak berdaya nak tolak) tetapi beberapa insiden di dalam padang mematahkan semangat dan akhirnya aku memberi laluan kepada junior. Sebagai tanda protes, untuk perlawanan suku akhir, aku sengaja datang lewat dan tanpa kasut bola aku. Malas nak bikin hal lagi.

Seperti kebiasaan, senior coach memang pandai mengambil hati. Selepas perlawanan selesai, di mana kekalahan berpihak kepada pasukan rumah kuning = dibelasah 2 - 0 oleh pasukan biru, senior coach mengaturkan perlawanan antara super senior ( semester 5) dan junior ( semester 3) ( aku lah tu). So, terubatlah sedikit rasa kecik hati aku dengan pengurusan yang tak berapa nak telus :p

 Selepas perlawanan selesai.. Hijau senior punye.. pink junior

 Gol keeper yang paling kecik dan pendek :p





Wednesday, March 21, 2012

Sarawakian tidak memilih orang semenanjung sebagai teman hidup?

Aku agak terkejut dengan statement itu. Benarkah? Okay.. Camni, memandang sumber yang aku dapat itu pun menyatakan bahawa kenyataan itu daripada sarawakian sendiri. Hurmm.. di sini aku huraikan, pertama, sarawak dan semenanjung malaysia dipisahkan oleh Laut China Selatan, walaupun bergabung beberapa puluh tahun yang lampau, tidak dapat dinafikan bahawa budaya dan adat di antara kedua dua negara ini sangat berbeza. Kadang kala untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan adat baru agak sukar bagi setiap pasangan yang dipisahkan oleh Laut China Selatan ini. Bila ada statement menyatakan bahawa budak sarawak yang berkawan dengan semenanjung hanya untuk mengambil kesempatan, itu adalah tuduhan yang agak melampau, kerana selagi namanya manusia, selagi itu lah kesilapan akan dilakukan. Jika disebut tentang cerita tipu menipu ni atau lebih kepada perkataan mengambil kesempatan, hurm.. aku pernah ditipu oleh budak semenanjung sampai berhutang 60k.. (sampai sekarang tau aku tanggung hutang tu), tapi aku tak pernah salahkan dia, sebab bagi aku benda itu berpunca daripada kebodohan aku sendiri kerana percaya kat dia.

Bila melibatkan perihal tentang memilih pasangan, sesetengah orang memilih untuk kembali ke kampung halaman apabila meniti usia senja. Disebabkan oleh hal yang sedemikian, mereka lebih senang untuk memilih pasangan yang senegeri ditambah lagi dengan kaum kerabat masih di negeri masing masing. Itu berlaku di kebanyakkan negeri, contohnya Kelantan dan Utara Semenanjung Malaysia. jadi tidak timbul isu yang besar bila budak sarawak hanya memilih sarawak. Kerana aku telah pun tersasar jauh dari negeri ku, bagiku di mana jodoh ku tertulis oleh Allah, maka di situ lah aku berada. Malaysia ni kecik je, kalau kita bergaduh... siapa nak jaga Malaysia



Sunday, March 18, 2012

Bukan Kerana Dendam

Mesti kau tertanya kenapa aku sanggup melakukan perkara yang sedemikian padahal keperluan zahir ku telah kau lengkapkan dengan seada yang kau mampu. Segala keinginan aku kau penuhi, walaupun kadang kala seolah olah kau tidak ingin memenuhinya. Namun, kau terlupa sesuatu, aku hanya manusia biasa yang sering kali terluka dengan kata kata. Aku hanya manusia lemah yang tidak mampu menilai manusia lain hanya melalui perbuatan sedangkan kata katanya amat bercanggah dengan perbuatan. Bagaimana boleh aku percaya bahawa ada sayang dalam diri mu seandainya setiap kali kewujudan aku pada hidupmu seolah olah tiada. Layanan yang aku terima seolah olah aku merasakan martabat aku terlalu rendah. Mengapa kau boleh berkata yang kau meninggikan martabat aku? Sedangkan aku pernah diherdik di hadapan ahli keluarga mu yang lain? Aku cuba mencari dimana perbuatan dirimu yang kau katakan sayang. Adakah hanya dengan memberi duit itu sayang? Adakah hanya dengan menghantar aku balik ke sekolah itu sayang? Adakah kau tahu, orang lain di sekolah ini, hendak balik ke kampung pun dijemput oleh ahli keluarga masing masing. Sedangkan aku? Bila masa kau pernah menjemput aku dari sekolah? Adakah hanya kerana kau mengizinkan aku kembali belajar itu sayang? 

Sedangkan selama ini, kau memberi bilik tidur ku kepada anak kau tanpa pengetahuan aku, sedangkan selama ini kau permainkan segala sifat fizikal aku, minda aku yang bagi kau itu adalah gurauan semata mata yang amat menghiburkan kau dan ahli keluarga kau, sedangkan aku? Aku menerimanya dengan begitu pahit bila terpaksa senyum dihadapan mereka. Berpura yang kononnya aku seorang yang taat, padahal hati bagaikan diblender tanpa belas. Sayangkah kau bila aku menghubungi bekas kekasih mu lalu kau enggan bercakap dengan aku hampir 2 bulan, sedangkan masa itu aku berhak ke atas kau. Siapakah aku? Aku bukan mencari salahmu, aku bukan ingin menolak segala kesalahan terus kepada mu. Cuma aku hanya manusia biasa yang dari dulu lagi perlukan kasih sayang. Kau tahu bukan apa yang aku inginkan. Kenapa egomu tidak pernah merendah diri untuk menunjukkan kau sayang? Kenapa setelah aku terjumpa sesuatu yang membuatkan aku terasa dihargai kau menyalahkan aku bertubi tubi. Kau menganggap aku membalas dendam di atas segala perbuatan kau terhadap aku hinggakan kau forwardkan mesej yang pernah aku hantar suatu masa dahulu, yang mana aku menyatakan, "tidak mengapa, kau tidak merasa apa yang aku rasa, suatu hari nanti kau akan rasa bagaimana rasa nya bila maruah kita dipijak, jika bukan kau yang merasa, akan ada generasi kau yang rasa". Kau simpan mesej itu hingga ke hari ini. Pernahkah kau mengajar anak anak kau untuk menghormati aku? Tidak.. tetapi kau ingin kan aku menyayangi mereka. Ah.. memang aku sayang.. cumanya aku tidak pandai untuk mengambil hati. Untuk apa aku mesej jika mesej aku kadang kadang tidak dibalas? Aku hanya manusia yang ingin disayangi. Bukan harta berjuta yang aku pinta. Cukup sekadar, aku tahu aku diperlukan dalam hidup. Tapi, kau tidak pernah menunjukkan bahawa kau memerlukan aku. 

Tak mengapa, biarlah dunia menyalahkan aku di setiap apa yang terjadi. Aku mengerti. Aku salah. Biarlah dunia menghukum ku dengan pandangan yang menghina, aku tak kisah kerana mereka tidak tahu apa yang terjadi di antara kita. Mereka tidak tahu apa yang aku lalui, mereka tidak peduli apa yang aku rasa. Dan andai kata, takdir itu membuatkan aku sendiri.. maka biarlah aku sendiri daripada aku berteman tetapi hati aku keseorangan. Cukuplah aku pernah merasa bagaimana hidup berkeluarga, aku takut dan serik untuk terus dilukai. Terima kasih, dan bukan kerana dendam aku berpaling mencari yang lain, cuma inginkan serpihan kasih sayang untuk jiwa yang seringkali terabai dari belaian.




Saturday, March 17, 2012

Naruto dan Musang

Layan kreko bilangan yang ke 11/2012 keluaran 11 Mac 2012. Perkara pertama yang aku carik memang page naruto. Kali ini aku agak terkesan dengan kisah dia, yang mana kesemua raksasa berekor itu memberitahu nama sebenar mereka kepada Naruto. Dan yang paling sedih, bila Kurama (Musang sembilan ekor) teringat pada tuan asal nya bahawa nyawa tuan dia semakin singkat dan mereka sembilan bersaudara ini mungkin akan terpisah, tetapi akan ada satu hari nanti muncul seorang manusia yang akan menyatukan mereka semula, dan orang itu adalah Naruto (yang selama ini menjadi beban kepada Kampung Konoha). Sepanjang perpisahan mereka, tuan asal meminta raksasa berekor ini memilih jalan yang betul. Dan Kurama menyatakan bahawa pernantian untuk dia bertemu dengan orang yang boleh menyatukan mereka adalah sangat lama.

ini adalah page yang aku save dari mangareader.net :)


Manakala yang ini pula muka Kurama semasa kecil yang penuh dengan kesedihan bila tuan asalnya berkata bahawa nyawa tuan dia tidak panjang.


Inilah rupa yang aku sangat suka. Penuh dengan kecomelan dan kesedihan :)



Thursday, March 15, 2012

Buat Sahabat

Jangan lah Bersedih ANDAI HARI INI KAU DIUJI ..

Allah tak akan menguji seorang hambanya diluar kemampuan dan kekuatan diri kita,
setiap apa yang berlaku kita mampu laluinya cuma cepat atau lambat perjalanan kita bertatih bagi merentasi  laluan ujian itu,

Dunia sentiasa berputar sahabat ku. Selagi tiada kata henti dari Allah S.W.T.  dan selagi ia berputar langkahlah wahai sahabatku  JANGAN kau toleh pada kenangan lalu  yang akan menyakiti diri dan hatimu.Biar sribu kali kau dilukai dengan pekara dan kenangan lalu ,namun sedarkanlah diri dan hatimu  secepat mungkn kerana dihadapan kelak ALLAH S.W.T akan menggantikan  semua itu dengan kebahagian yang tidak akan kau jemu sampai bila pun .

Melangkahlah wahai sahabat,biarpun engkau masih lagi sedih dengan kenangan yang lalu namun Pintalah pada ALLAH yang satu ,DIA sememangnya bersamamu.Takdirnya yang menduga pada dirimu, KERANA dia kasih dan sayang pada HambaNYa setiap satu.

 Duhai SAHABATku..
Engkau tidak mencipta pengalaman hidupmu  NAMUN kamu mesti menghadapinya
kekutan itu tidak pernah datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya akan datang dari semangat yang tak pernah  mengalah dengan situasi.

 SAHABATKU..
hari yang mendatang  tidak akan memberi sebarang makna buat dirimu jika kegagalan semalam  tidak pernah engkau jadikan ia sebagai teladan dalam hidupmu...

 DUHAI SAHABAT SAHABATKu...
DIRIku hanya insan biasa...terkadang kesilapan sentiasa berlaku,.. Tapi tak beerti diriku ini  mampu melakar sejuta bunga dihati.. dan mungkin dengan hanya tersenyum mampu merungkai sekelumit hati yang gundah  gulana dan hati yang terluka..
MAAFKAN diri ini sekiranya jiwa ini pernah  mengguris perassan sahabat dan rakan taulan ku sekalian..

ku lakarkan untaian kata ini  untuk tatapan hati semua AGAR semuanya KEMBAlI tersenyum......

SMILE  :)




Contoh Surat Tunjuk Sebab

Anes Sofea
Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson
KM11 Jalan Pantai
71050 Si Rusa
Negeri Sembilan Darul Khusus

                                                                                                                                                

Puan Strawberry
Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson
Km 11 Jalan Pantai
71050 Si Rusa
Negeri Sembilan Darul Khusus                                                                       14 MAC 2012

Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KERANA TIDAK MENGHADIRI KELAS TAMBAHAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya Jururawat Masyarakat Pelatih Anes Sofea (BJM 11- 2342) dengan ini mengakui tidak menghadiri kelas tambahan yang diadakan pada 12.03.2012 secara tidak sengaja.

2.       Untuk pengetahuan puan, ketika pengumuman dilakukan oleh rakan pelatih, saya tidak berada di dalam dewan kuliah menyebabkan saya tidak mengetahui perkara tersebut. Oleh hal yang demikian saya meminta maaf atas kecuaian dan kelalaian saya dan berjanji bahawa kesilapan ini tidak akan berlaku lagi.

3.       Segala perhatian dan kerjasama pihak puan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,

........................
(ANES SOFEA)

Tuesday, March 13, 2012

Terkadang Bila Kita Diuji

Dalam kita melangKah...
Terkadang diuji...
Dengan ujian yang terasa berat...
Hingga kita terduduk pasrah....
Mengundang airmata...
Peritnya hingga ke hulu hati...

Tapi ketahuilah...
serta...
renungilah...
kembali ke dalam diri...
kerana mungkin..
airmata tika itu hadir...
kerana DIA mahu...
kita yang kerdil ini..
menjahit kembali sejadah iman...
yang terkoyak..
lantaran ada langkah-langkah..
yang tersasar dari keikhlasan..

Tabahlah dalam pelukan keimanan..
kerana disini aku REDHA...
REDHA dalam ketentuan-NYA...




Cinta Yang Agung

Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan MASIH peduli terhadapnya ...
Adalah ketika dia tidak memperdulikanmu dan kamu MASIH menunggunya
dengan setia ...
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa
tersenyum sembari berkata 'Aku turut berbahagia untukmu"

Apabila cinta tidak tergapai ...BEBASKAN dirimu ...
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas
LAGI ...

Ingatlah ...
Bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya ..
tapi..
ketika cinta itu mati ...kamu tidak perlu MATI bersamanya ...
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang
MELAINKAN mereka yang tetap berdiri tegap ketika mereka jatuh ...
Entah bagaimana ...dalam perjalanan kehidupan ,
kamu belajar tentang dirimu sendiri ...
dan menyadari bahwa penyesalan tidak seharusnya terjadi ...

HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah
kamu buat .





Hadiah sebuah kejayaan

Hujung minggu bersama insan tersayang. Terasa hilang semua masalah hanya dengan melihat wajah dia yang keanak-anakan. Seperti kebiasaan, aku adalah jenis manusia yang meminta habuan bila aku berjaya mendapatkan sesuatu tanpa gagal. Pada mulanya, aku inginkan bear.. (untuk menambahkan koleksi yang sedia ada), tapi dia tak bagi aku bela binatang tu lagi. (sedihnya) So.. aku diamkan, sehinggalah suatu hari, aku teringat bahawa aku pernah mencari sebuah buku La Tahzan :Gadisku: : Kerana Cinta : :Kerana Jodoh: Lalu aku memutuskan, itu lah hadiah yang aku kehendaki dari dia. Dengan senang hati (?) atau terpaksa dia turutkan juga permintaan aku ni. Hehehe.. belum lagi aku pow Adi c Beras Pulut Terbakar tu. 


Tidak sia sia aku memilih bukau yang penuh dengan motivasi, kadang kala, aku terasa beruntung kerana masih ada insan yang lebih merana dari ku.. Apa apa pun.. terima kasih kerana sebuah hadiah yang tak ternilai harganya.




Saturday, March 10, 2012

Dunia ku yang serba haru biru

Hari ini boleh aku kata kan serba memeningkan dan memenatkan.. Tambah lagi dengan kelas Pra L yang aku jalani. Sindiran cikgu kelas yang agak menyakitkan hati bila didengar. Macam lah aku ni kebulur sangat nak kan lesen moto. Mak aku tak pernah kasi aku maen basikal taw.. dia takut anak dia yang cumel ini scrash. Tu pasal aku sampai hari ni tak reti nak maen basikal. So what kalau aku tak pandai naek basikal? Tak boleh belajar ke?

Dan yang paling sadis, aku dihentam dengan kata kata yang agak mengguris perasaan dan jiwa sepanjang kuliah dan demontrasi. membuatkan jiwa yang sedia luka bertambah lara. Hampir saja luruh air mata dek kerana kata katanya. Mood hilang sehinggalah aku sampai di asrama.

Bila sampai di asrama pula, dengan keadaan yang panas terik, membuatkan kepala aku yang sedia pening bertambah pening. Tapi ada mahluk tuhan yang masih tidak mengerti betapa aku sangat perlukan waktu rehat. 



Thursday, March 8, 2012

Aku dan Juga kata kata


PuJjaNga LaRa - CiNta
CeCeLiaNa WaNN DiBeRi NaMa
10.01.88 MeNjenGaH dUniA
mEnGuBaH haLuaN hiDuP MenYinTai YaNg MaHa EsA
23.01.2009 kU piLiH mEnJaDi SeJaRaH
WaNN NuR aLiaNa KiNi EmPuNYa NaMa
DaLam CeRiTa MeNiTi KeHiDuPaN


Di SK BaTu 36 BeRMuLa SeGaLaNYa
ABC & 123 peNeMaN seTia
beLaJaR meNgiRa daN JuGa MeMbaCa


SMK LuAr BaNDaR SiBu PuLa seTeRusNya
LaNgkah KuHayUn deNgaN pRiNsiP AlGeBrA
DuNiaKu HaRu DeNgaN RumusAn KiMia
naMuN sEmuaNya bErLaLu deNgaN KeJaYaaN

CuMa KaDaNg KaLa
HiDup iNi iNdaHnYa sEmEnTaRa
14.02.2004 mEnJaDi LuKa
hiLaNg sEoRaNg iNsaN YaNg beGiTu sETia
mEnDiaNg GraNdmA nAmaMu Ku sEmaT diJiWa


PeRjaLaNan hiDup kuTeRuskaN deNgaN peNuh GaYa
LaUt cHiNa sELaTaN aKhiRnYa kuRenTas JuA
meNaBuR BuDi di BuMi PuTrAJaYa
3 taHuN SYMP saHajA
BiLa DuNia itU buLaT seBaGai KaTa
kiNi HiDupKu BeRuBaH WaRna


PinArdscopE daN sTeTeskop pULa meNjaDi sEnJaTa
ceRiTaKu seBeNarnYa BaRu BermULa
NaMuN BiaR KuBeRheNti Di SiNi SaHajA
kEPaDa sEmUa siLeNt ReAdEr
TQ kuBeRi haraP diTeRiMa





Madah Berhelah

Cinta ibarat benih, perlu disiram dengan kasih sayang, dibaja dengan kepercayaan agar ia mekar abadi "



" Andai masa boleh diundur, sudah pasti mannusia tidak akan pernah belajar dari kesilapan "


" Hargai apa yang ada di depan mata, kerana kadang kala kita tidak tahu berapakah nilai sebenarnya "

" Jangan dipaksa diri sendiri untuk menyintai orang yang tidak pernah peduli, seharusnya belajar melupakan kerana melepaskan dia pergi juga tanda kita menghargainya "


p/s : kehilangan atau kekecewaan akan mengajar kita untuk lebih menjadi dewasa. Usah terlalu bersedih dengan apa yang terjadi. Allah tidak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuannya. Menyintai seseorang pasti sangat menyakitkan jika orang yang dicintai itu mengkhianati kepercayaan yang diberi. Segala nista dan caci maki kita berikan padanya, namun pernahkah kita muhasabah diri, kenapa perkara itu berlaku? Salahkah dia kah? Atau kita? Setiap mahkluk yang Allah cipta itu pasti ada pasangannya agar mereka tidak kesunyian. Jika belum terjumpa atau terjumpa yang salah, usah gundah.. kerana pasti ada ganjaran untuk orang yang bersabar.