Ini adalah sebahagian hidup Abraham Lincoln yang penuh dengan kegagalan sebelum beliau mencapai kejayaan. Bukan untuk mengaibkan mana mana pihak, tapi untuk menjadi tauladan kepada kita supaya tidak terus berputus asa bila gagal. Kerana dalam seratus kali kegagalan, pasti terselit satu kejayaan yang maha hebat.
1816 - keluarganya diusir dari rumah.
1818 - ibunya meninggal dunia
--------------------------------
1831 - gagal dalam perniagaan
1832 - tewas dalam pemilihan ke Dewan Undangan
- Juga kehilangan pekerjaan. Tidak layak ke sekolah undang-undang
1833 - terpaksa meminjam wang daripada seorang kawan
- sekali lagi gagal dalam perniagaan
- menghabiskan masa 17 tahun daripada usianya untuk membayar hutang
--------------------------------
1834 - dipilih ke Dewan Perundangan
--------------------------------
1835 - melangsungkan pertunangan, tetapi kekasihnya meninggal dunia
1836 - mengalami sakit saraf. Terlantar selama 6 bulan di atas katil.
1838 - tewas dalam pemilihan menjadi speaker
1840 - tewas sebagai calon pilihanraya
1843 - tewas dalam pemilihan ke Kongres
--------------------------------
1846 - Dipilih ke Kongres
--------------------------------
1848 - tewas dalam pemilihan kongres
1849 - permohonan sebagai Pegawai Tanah di negeri tempat tumpah darahnya ditolak
1855 - tewas dalam pemilihan ke Senat
1856 - tewas dalam pencalonan untuk Naib Presiden kerana mendapat undi kurang daripada 100
1858 - tewas dalam pemilihan ke Senat
--------------------------------
1860 - dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat