Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Kesihatan : Tips dan Panduan kesihatan dalam kehidupan seharian

Bercerita tentang jagaan kesihatan terutamanya kesihatan kanak dan ibu mengandung yang diteladani melalui pembelajaran dan pengalaman.

Hanya Insan Biasa

Ini hanya insan biasa yang ingin menjadi biasa, ibarat ular ingin menjadi naga.

Cerita tentang kegagalan

Bukan sekadar kegagalan yang biasa tetapi kegagalan yang bakal mencorak kejayaan yang luar biasa.

Gadis Komuniti

Menabur Khidmat seikhlas hati.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, April 30, 2013

Last two preparation

Menghitung hari untuk menghadapi masa yang bakal menentukan hala tuju hidupku. Sama ada kekal di pejabat hawa dingin Putrajaya, atau kembali ke tanah air tercinta. Kedua dua pilihan itu aku suka. Keduanya aku sayang. Hidup di Putrajaya memperlihatkan aku sebagai seorang gadis yang mentah usianya meniti kehidupan yang serba kepalsuan. Bukan sekali aku terjatuh, bukan sekali jua aku rebah. Cuma, aku gagahkan jua untuk melangkah. Banyak jatuh ku disana, tapi ia masih menjadi kesayangan ku. Sebab, di situ lah aku belajar tentang kehidupan. Di tanah air, aku dimanjakan. Apa yang aku inginkan, pasti aku dapat walau dengan apa cara sekali pun. Disana aku berada dalam lingkungan selamat. Mengembara di dunia yang aku tak punya sesiapa membuatkan aku cepat menghargai apa yang aku ada.

Mengajar aku untuk menghargai kasih sayang saudara yang aku tinggalkan jauh di seberang laut china selatan. Merindui apa yang penah aku ada. Tapi, yang aku abaikan selama ini. Huaa. Tak sabar untuk menjejakkan kaki ke sana. Rindu sangat. Mungkin perkara pertama yang aku akan buat, peluk Mami, and say "i Love you so much Mum.." 




Thursday, April 25, 2013

Milo Kosong Ais

Idea tiada. Terlalu kosong. Kepala sesak dengan ilmu yang dipaksa masuk ke dalam kepala otak. Huh. Sakit. Perit, terasa nak pecah pun ada. Jadi, untuk mengurangkan rasa stress yang aku alami lebih lebih lagi dalam masa dua hari ini, aku mula review balik blog blog lama aku sebelum ini. Baru perasan, sebenarnya aku terlalu banyak mendedahkan diri aku tanpa aku sedari. Mungkin tidak terlalu bagus untuk aku agaknya. hahaha

Semalam, aku menerima panggilan dari Bilik Gerakan Lambaian Sarawak, yang menyatakan bahawa nama aku berada dalam senarai balik ke sarawak secara percuma. Jika semalam perasan teruja itu membuak buak, hari ini, perasaan teruja yang membuak itu kembali suram. Management kolej seakan akan tidak membenarkan aku pulang, disebabkan jadual flight aku yang mengganggu hari bekerja yang mana aku harus berada di dalam kelas ketika itu. Hargh! Pening kepala di buatnya. Sakit hati pun ada. Akhirnya, aku serahkan kepada kekuasaan Allah SWT, kun faya kun. Kalau jadi, maka jadi lah. 

Sebenarnya aku sangat berterima kasih kepada seseorang yang membantu memasukkan nama aku dalam senarai tersebut. Biar saja lah aku gelar dia Milo Kosong Ais, comel kan? Hahaha.. Kawan baru yang aku kenali, orang senegeri. Dengan sekelip mata, tanpa aku menyatakan apa apa, maklumat aku semua di dalam tangannya. Huhu.. Seksa sungguh kalau dapat kawan yang terlebih pandai ni. Nampak macam slow je, tapi.. cerdik bukan main.

Perkara pertama yang membuatkan aku terkejut bila dia tahu, blog aku. Tapi aku teringat, ada seseorang juga yang pernah berbuat sedemikian. Tapi sejauh mana sekarang ni dia mengambil tahu, entah, aku tidak pasti. Biarlah. Hahaha.. Adeh.. Sakit kepala. Sesungguhnya aku benar benar mengharapkan keajaiban ketika ini. Ya Allah, bantu lah aku. 

Belum habis dengan Milo Kosong Ais, yang Teha kata dia tu nampak lurus. Hahaha.. Jangan marah XD.. Entah apa dia buat sekarang, entah dia baca atau tidak update yang terbaru, entah dia tahu atau tidak aku memang tidak mampu untuk sambung cerita Aku Mualaf Part 9. Entah bila Allah anugerahkan aku ilham.. Aku masih menunggu. Menunggu masa yang sesuai, menunggu dan terus menunggu lah kalau hendak diceritakan., Wahaha..

Aku mohon  pada semua, doakanlah semoga urusanku untuk kembali ke tanah ari berjalan dengan lancar, seperti yang aku harapkan. Dan sememangnya aku berharap  sangat sangat.




Tuesday, April 23, 2013

Sungai

Masih ingat dengan lagu "Sungai" ketika dalam alam persekolahan. Entah mengapa hari ini, aku teringat akan lirik lagu tersebut.

Airmu mengalir
Dari gunung jauh di sana
Tak berhenti henti
Hingga sampai di laut nanti
Masa juga kan berlalu meninggalkan kita
Gunakanlah sepenuhnya janganlah leka
Airmu mengalir
Dari gunung jauh di sana
Tak berhenti henti henti
Hingga sampai di laut nanti...

Kenangan yang aku tinggalkan lebih 13 tahun yang lalu, tiba tiba datang menyedarkan aku bahawa aku sedang membazir masa untuk mengejar matlamat aku sebagai seorang insan.. Huhu

Aku lebih banyak bermain dari serius dalam penumpuan yang sepatutnya, tapi disebabkan aku memang jenis orang yang tak pernah serius, agak sukar untuk aku mendisplinkan diri untuk mencapai matlamat. Contoh, kononnya pas abih kelas, nak sambung study, tapi yang aku buat? Peluk bantal guling guling atas katil.. Memang best.. Hihi.

Post kali ni? Xde ape pon.. Aku cuma rindu pada tanah tumpah darahku.. Rindu sangat sangat..


Sunday, April 14, 2013

Repeated exam

Huargh... Malas bebenar rasa untuk bangun pagi tadi. Setelah kepenatan keluar dengan fateha semalam membuatkan aku balik dengan keadaan yang sangat letih lesu. Tapi terpaksa bangun bila aku teringat tentang baju sekolah yang belum di"iron".. Seperti biasa sebelum ke dewan peperiksaan, kami akan dikuarantin di dalam library. Dan aku sangat suka berada di situ kerana ada nya line wifi free.. Hehe.. Boleh aku online sampai lebam.. Meja kat library pon besar.. Leh aku letak kepala aku dan belayar ke alam yang lain.. Fuh~ moment yang sangat indah dan terbaek sekali. Tapi yang tak baeknya adalah apablia pengajar mulai berleter.. Perit je rasa telinga aku ni nak mendengarnya.

Setiap insan pasti ada masalah. Terpaksa lah hadap. Harung je la macam tu. nak buat macam mana. Aku bukannya Tuhan yang boleh merencana masa depan sendiri. Huhu.. Tetiba rasa sayu, rasa pilu. Teringin sangat untuk balik ke pangkuan keluarga yang tercinta. Rindu pekan Selangau yang dulu menjadi tempat "dating" aku.. Haha.. Teringin nak jumpa bekas cinta pertama yang nyata kini sedang berbahagia dengan isteri tercinta. Aku macam biasalah, sentiasa kehilangan atas sebab aku memang jenis tak mampu untuk bersabar. Alahai... Nak buat macam mana..... K la..



Akukah yang terluka? Atau kita sama saja?


Aku hanya seorang manusia biasa yang zahir kelihatan sangat tabah. Tapi tahukah ketabahan yang aku pamerkan bukannya warna aku yang sebenarnya. Dalam hati menanggung luka dan lara yang dalam, yang pedih, yang sukar untuk sembuh. Aku bukan saja saja untuk mencipta perbalahan, aku bukan saja saja untuk mengingkari. Aku hanya manusia. Aku manusia yang dikurniakan dengan seribu satu kelemahan. Bukan sengaja aku lukakan orang lain. Aku pun tidak berniat untuk memusnahkan segala apa yang aku dapat.

Kesedihan yang tidak dapat orang hidu, yang tidak dapat mereka lihat. Aku tidak pernah mengharapkan simpati sesiapa, cuma aku minta tolong faham hati yang sedang terluka ini sedang melukakan hati orang lain. Ke mana hala tuju hidup kita? Aku tidak mahu terus melukakan, tetapi aku tidak sanggup untuk hadapi kehilangan. 

Hati yang ketika ini sedang meratapi sebuah kisah yang hampir ke penyudah.. Hati yang ketika ini cuba mencari jawapan, kenapa terpaksa menerima segala ujian. Tidak cukupkah dari kecil, di ambang usia ku belasan tahun untuk ku hadap keperitan hidup seorang diri? Tidak cukupkah, aku ditinggalkan tanpa sesiapa sudi memandang? Tidak cukupkah semua itu? Tidak cukupkah?! Hati yang aku miliki bukan sekeping besi. Bukan seketul intan. Aku hanya manusia biasa. Yang terlalu biasa, namun yang seringkali mengharapkan luar biasa.

Aku pernah ingin berubah, berubah untuk menjadi yang lebih baik, yang lebih bermaruah, yang lebih bagus. Bukan aku minta orang sanjung dengan perubahan yang aku mulakan, cukup sekadar hargai dengan apa yang aku usahakan. Aku pernah tersalah langkah, jadi janganlah biarkan aku melangkah lagi seorang diri. Aku terlalu biasa untuk berjalan seorang diri. Aku juga ingin menjadi seorang perempuan yang berpurdah, yang menutup segala auratnya, yang tidak pernah meninggalkan solatnya, yang taat kepada kedua orang tua dan suaminya, yang menjaga kemaluannya, yang menjaga puasanya. Bukan tidak pernah terlintas di hati, aku juga ingin menjadi ahli syurga. 

Namun, aku masih lagi punya hati yang aku sendiri tidak mampu jinakkan. Mungkin tiba masanya, untuk aku hentikan segalanya. Kembali melihat, ke mana arah tuju, kembali meneliti, kenapa aku dilahirkan ke dunia, kenapa aku diuji sebegini rupa dan kenapa dan kenapa. Pasti akan ada hikmah di sebalik segala yang Allah jadikan, Tidak akan ada setiap kejadiannya itu sia sia. Aku masih lagi percaya, kasih sayang Allah itu ada untuk aku. Aku masih lagi memegang, Allah itu Tuhanku, Nabi Muhammad itu junjunganKu, Islam itu agamaku, dan muslimin serta muslimat itu saudaraku. Insyallah sehingga nafas yang terakhir, sehingga roh berpisah dengan jasad, aku tidak akan lupakan kalimah yang aku ungkapkan pada 23.01.2009 - Asyhadu Alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhamdurrasullah. (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad (SAW) itu pesuruh Allah)




Friday, April 12, 2013

Kembali menjelma

Aduh, lama rupanya aku tinggalkan laman ini. Gara gara menyibukkan diri dengan blog lain, aku tinggalkan begitu saja. Tapi, bila aku jenguk kembali, masih ada yang istimewa, jadi aku memutuskan untuk kembali menconteng di sini. 

Kehidupan aku di Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson hampir saja selesai, kurang tiga bulan lagi, aku akan meninggalkan kolej ini. Ada rasa sebak mulai bertapa di dada, ada rasa berat hati untuk pergi. Walaupun kebanyakkannya pahit, namun, aku gagahkan jua untuk melangkah agar, semua yang terlibat mendidik aku akan merasa bangga dengan apa yang aku capai. Itu janji. 

Baru saja menghabiskan trial untuk final exam. Pertama kali menghadapi kegagalan, memang agak sukar. Ia membuatkan mood aku sangat kurang dan rasa sangat rendah diri serta malu. Malu kerana selama ini aku adalah di antara pelatih yang biasa saja, namun bukan calon untuk gagal. Memang memalukan, dan kerana itu, mood untuk menulis semakin marak. Hahaha..

Ini gambar terbaru aku selepas keluar posting untuk semester 3,4 dan 5. Agak gemuk dan hitam. Entah apa yang aku lakukan sampai boleh jadi begitu sekali aku pun tak tahu. Huhuhu.. Sedey.


Gemok + skema.. hahaha.. padanan yang anggun

Sebelum masuk ke dewan peperiksaan di awal pagi. Haha.. Kepala memang kosong, jawap dengan apa yang mampu ingat. Tapi itu lah balasannya. Haha. Tidak mengapa, belajar dari kesilapan. Dan jangan lakukan kesilapan yang sama :)