Kadang kadang hati merindu masa yang berlalu.. Kadang kadang ingin menjadi seperti dahulu. Kerana itulah Allah tidak pernah mengundurkan waktu, kerana dia tahu, manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia miliki. Bukannya aku hidup serba kekurangan, cuma suatu masa dahulu sepatutnya aku mensyukuri segala yang ada dan mungkin kini aku boleh berbakti kepada kedua orang tua ku. Rindu... Rindu pada masa lampau.. Tapi walau sejauh dan sedalam mana aku merindui masa lampau, tidak pernah sama seperti aku mensyukuri apa yang aku ada sekarang. Ikatan yang aku inginkan, yang orang lain tidak mampu berikan kepada aku.. Biarlah yang kadang kadang tu terus jadi kadang kadang....