Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Kesihatan : Tips dan Panduan kesihatan dalam kehidupan seharian

Bercerita tentang jagaan kesihatan terutamanya kesihatan kanak dan ibu mengandung yang diteladani melalui pembelajaran dan pengalaman.

Hanya Insan Biasa

Ini hanya insan biasa yang ingin menjadi biasa, ibarat ular ingin menjadi naga.

Cerita tentang kegagalan

Bukan sekadar kegagalan yang biasa tetapi kegagalan yang bakal mencorak kejayaan yang luar biasa.

Gadis Komuniti

Menabur Khidmat seikhlas hati.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, April 29, 2012

Aku hanya manusia biasa

Aku ~ menunggu sakaraktulmaut datang menjemput. Biar amalku tidak cukup asalkan liang lahad kutertutup.

Aku ~ hanya hamba Allah yang sering kali berlaku salah. Walaupun setiap kali ditegah aku tak kenal erti susah.

Aku ~ hanya manusia menumpang hina. Bila tiba masa aku akan pergi jua.

Aku ~ seorang insan yang memohon kemaafan. Walaupun kutahu salahku membebankan.

Cerita dari Mr iPhone

Aku seorang blogger. Blogger yang gila tanpa line internet dan laptop. Sekarang laptop kesayangan aku telah pun mogok atas gaji yang diterimanya selama ini tidak berpatutan dengan apa yang dia lakukan. Sungguh menyedihkan kerana terpaksa melupakan sesuatu yang tak sedar dek untung itu.

Ps: ini adalah entry testimoni sahaja.

Saturday, April 14, 2012

Testing dari Iphone

Hanya sekadar cubaan apabila aku mendapat sebuah handphone baru dari seseorang. Terima kasih tidak terhingga

Thursday, April 12, 2012

Denda

Setiap kesalahan pasti ada denda dan akibat yang diterima. Begitu juga dengan aku (sebagai seorang pelajar tua). Pagi ini aku terkantoi kerana tidak menghadiri senaman areobik. (malas tahap gaban bila disebut senaman robik ni) Aku pun tak tahu di mana keseronokan untuk bersenam ni. Lain la kalau main futsal. Ok gak :p Nak dijadikan cerita aku didenda dengan berkebun. Padan la dengan muka aku kan.


Ini adalah di antara aktiviti terawal yang aku buat. 'Rampas' cangkul dari member, ratakan tanah. Muahaahaha.. (Sebenarnya, aku tak suka pegang tanah, tu pasal aku pegang cangkul) 


Yang ini aku tengah berangan-angan bahawa aku adalah seorang pencari harta karun. Ala macam dalam game yang selalu aku maen tuh :)


Yang ini, langkah kedua, aku menyebok nak tolong tebang tunggul pokok pisang. Liat yang amat. Tak menjadi, aku tinggalkan cangkul itu di situ gak :p


Last sekali, aku menyebok mengorek tanah. Konon-konon buat kerja. Huhu. Yang pasti, aku kena buat surat tunjuk sebab sekali lagi. Yeah.. i like!

Tuesday, April 10, 2012

Ku ingin bina semula

Aku pernah ada istana. Yang aku bina dari pepasir pantai, namun bila gerimis, ianya ranap. Kerana aku tidak pernah mempertaruhkan harapan agar istana pasirku akan teguh. Mulanya, aku tersenyum bila aku melihat istana pasir mula mencair, bagi aku, senang untuk aku mencipta istana yang serupa itu. Tapi sebenarnya, dugaan aku tersasar, aku tidak mampu membina istana pasir secantik yang pernah aku ranapkan. Akhirnya, aku sedar, yang memulakan segalanya adalah aku, yang tidak berpuas hati dengan hasil seni sendiri adalah aku, aku tidak boleh menyalahkan persekitaran di atas hati yang rapuh. Lalu, ku pasangkan tekad, biarlah aku baiki semula istana pasir aku itu, bersama kasih sayang dengan ukiran kejujuran dan harapan, biar seteguh Istana Disneyland yang gah dan gemilang itu.

Memang aku takut untuk memulakan semula, takut aku akan membuat lebih banyak kemusnahan. huhu ~


Monday, April 9, 2012

Ombak Sepi

ombak berlagu menghempas pantai
sang dedaun terus berterbangan
malam beralun dengan warna kegelapan
meniti hari yang mengundang kehidupan
aku menyanyi lagu riang
hanya menyepi bila keseorangan
aku HANYA BERPURA di sebalik wajah
hanya menutup bebayang duka
cuba LARI dari kenyataan
yang seBENAR
ACAPKALI aku menggembirakan mereka
ACAPKALI aku merintih hiba
ACAPKALI aku berdusta
hanya untuk melihat MEREKA gembira
dinihari
aku masih terus berpura
disebalik wajah yang riang gembira
hanya tabir yang menutup segala
rintihan HATI yang mewarna suasana
merintih KASIH yang segalanya tak pasti
menjadi perindu yang aku tak pasti
sampai bila kasih terus berlagu sendu .......... SAMPAI BILA




Sunday, April 8, 2012

Coklat Daim dan Tun Daim Zainuddin

Bila berbicara tentang Daim. Serta merta aku akan terfikir tentang coklat Daim (Langkawi) dan IKEA tu. Huhuhu.. Walaupun aku tidak menyukai coklat, tapi coklat Daim ini dalam kategori coklat yang boleh aku telan. Sehinggalah aku terbaca tentang cerita kejayaan orang orang yang gagal, di situ lah tertulisnya nama Tun Daim Zainuddin. Aku mula curios.. tertanya tanya, apakah kaitannyaa dengan coklat DAIM?

Tun Daim Zainuddin

Dia hampir muflis sebanyak dua kali. Sekali dalam perniagaan garam di Kuala Selangor, tetapi disebabkan oleh hujan, kilang tersebut tidak menjadi dan sekali lagi ke perusahaan plastik. Beliau dilahirkan di Derga, Kedah pada tahun 1938 ( Sekarang umur dia 74 tahun - 2012). Melanjutkan pelajaran ke London untuk beljar undang-undang dan lulus ketika berusia 21 tahun. Sekembalinya ke Tanah Melayu (ketika itu) dia menjadi seorang pengamal undang - undang dan kemudiannya bekerja dengan kerajaan. Pada akhir 60-an, dia bercadang untuk memulakan perniagaan. Tetapi usahanya gagal satu demi satu, namun kegagalan itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus meraih kejayaan. Hari ini beliau adalah bekas Menteri Kewangan Malaysia sekaligus merangkumi Penasihat Ekonomi Kerajaan Malaysia. Krisis ekonomi di Malaysia menyebabkan beliau dilantik semula menjadi Menteri Kewangan Malaysia selepas beliau bersara dan ini menjadikan beliau orang pertama di Malaysia yang dilantik menjadi Menteri Kewangan sebanyak dua kali. Hari ini beliau merupakan orang yang terkaya di Malaysia dengan lebih 10 buah cawangan bank.

Coklat Daim

Bar Daim (asalnya dikenali sebagai Dajm di Sweden , dan dikenali sebagai Dime di United Kingdom dan Republik Ireland sehingga 2005) bar badam mentega rangup yang disaluti dengan coklat susu. Jenama kini dimiliki oleh Kraft Foods, tetapi berasal dari Sweden dan Norway pada tahun 1953, yang dihasilkan oleh Marabou dan Freia.

Dajm telah diwujudkan selepas penyelidikan ke atas produk yang sama yang dihasilkan oleh Amerika syarikat Heath. Naib Presiden Marabou, Anderfelt Lars diminta untuk melesenkan produk Heath pada awal tahun 1950-an. Heath enggan, tetapi memberi senarai bahan-bahan untuk Anderfeldt. Ia telah diuji di Stockholm pada tahun 1952 dengan jayanya, dan kemudian pada tahun 1953, ia telah dilancarkan di Sweden dan Norway, di Finland (1964) dan Denmark (1971).

Walaupun ia tidak tidak terdapat secara universal di Amerika Syarikat, Hershey menghasilkan produk yang sama yang dipanggil bar Markah. Bar Daim yang diimport dari Sweden (dikeluarkan di Upplands Väsby) yang dijual di serata Australia, Belgium, Kanada, China, Belanda, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Ireland, Itali, Poland, Portugis, Rusia dan Kedai IKEA Sepanyol. IKEA Amerika dan Eropah menghentikan produk ini pada tahun 2011.

p/s : Secara keseluruhan, coklat daim dan Tun Daim tiada kaitan langsung. (Agak kecewa kerana semasa membuat kajian, saya berharap agar coklat ini adalah link dengan Tun Daim). Ianya cuma satu kebetulan yang sangat serasi. :) Memandangkan coklat Daim hanya didapati di Utara (Langkawi), Tun Daim juga berasal dari Utara (Kedah).