Salam.. selamat Datang ke teratak usang seorang pejuang. Ku titipkan khas buat rakan rakan yang dikasihi, mereka yang sentiasa diingati dengan doa tulus ikhlas, semoga kita mendapat apa yang diusahakan. Tq

Kesihatan : Tips dan Panduan kesihatan dalam kehidupan seharian

Bercerita tentang jagaan kesihatan terutamanya kesihatan kanak dan ibu mengandung yang diteladani melalui pembelajaran dan pengalaman.

Hanya Insan Biasa

Ini hanya insan biasa yang ingin menjadi biasa, ibarat ular ingin menjadi naga.

Cerita tentang kegagalan

Bukan sekadar kegagalan yang biasa tetapi kegagalan yang bakal mencorak kejayaan yang luar biasa.

Gadis Komuniti

Menabur Khidmat seikhlas hati.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, March 8, 2012

Aku dan Juga kata kata


PuJjaNga LaRa - CiNta
CeCeLiaNa WaNN DiBeRi NaMa
10.01.88 MeNjenGaH dUniA
mEnGuBaH haLuaN hiDuP MenYinTai YaNg MaHa EsA
23.01.2009 kU piLiH mEnJaDi SeJaRaH
WaNN NuR aLiaNa KiNi EmPuNYa NaMa
DaLam CeRiTa MeNiTi KeHiDuPaN


Di SK BaTu 36 BeRMuLa SeGaLaNYa
ABC & 123 peNeMaN seTia
beLaJaR meNgiRa daN JuGa MeMbaCa


SMK LuAr BaNDaR SiBu PuLa seTeRusNya
LaNgkah KuHayUn deNgaN pRiNsiP AlGeBrA
DuNiaKu HaRu DeNgaN RumusAn KiMia
naMuN sEmuaNya bErLaLu deNgaN KeJaYaaN

CuMa KaDaNg KaLa
HiDup iNi iNdaHnYa sEmEnTaRa
14.02.2004 mEnJaDi LuKa
hiLaNg sEoRaNg iNsaN YaNg beGiTu sETia
mEnDiaNg GraNdmA nAmaMu Ku sEmaT diJiWa


PeRjaLaNan hiDup kuTeRuskaN deNgaN peNuh GaYa
LaUt cHiNa sELaTaN aKhiRnYa kuRenTas JuA
meNaBuR BuDi di BuMi PuTrAJaYa
3 taHuN SYMP saHajA
BiLa DuNia itU buLaT seBaGai KaTa
kiNi HiDupKu BeRuBaH WaRna


PinArdscopE daN sTeTeskop pULa meNjaDi sEnJaTa
ceRiTaKu seBeNarnYa BaRu BermULa
NaMuN BiaR KuBeRheNti Di SiNi SaHajA
kEPaDa sEmUa siLeNt ReAdEr
TQ kuBeRi haraP diTeRiMa





Madah Berhelah

Cinta ibarat benih, perlu disiram dengan kasih sayang, dibaja dengan kepercayaan agar ia mekar abadi "



" Andai masa boleh diundur, sudah pasti mannusia tidak akan pernah belajar dari kesilapan "


" Hargai apa yang ada di depan mata, kerana kadang kala kita tidak tahu berapakah nilai sebenarnya "

" Jangan dipaksa diri sendiri untuk menyintai orang yang tidak pernah peduli, seharusnya belajar melupakan kerana melepaskan dia pergi juga tanda kita menghargainya "


p/s : kehilangan atau kekecewaan akan mengajar kita untuk lebih menjadi dewasa. Usah terlalu bersedih dengan apa yang terjadi. Allah tidak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuannya. Menyintai seseorang pasti sangat menyakitkan jika orang yang dicintai itu mengkhianati kepercayaan yang diberi. Segala nista dan caci maki kita berikan padanya, namun pernahkah kita muhasabah diri, kenapa perkara itu berlaku? Salahkah dia kah? Atau kita? Setiap mahkluk yang Allah cipta itu pasti ada pasangannya agar mereka tidak kesunyian. Jika belum terjumpa atau terjumpa yang salah, usah gundah.. kerana pasti ada ganjaran untuk orang yang bersabar.

Wednesday, March 7, 2012

Epidemiology

Pengenalan
  • Perkataan Epidemiology berasal dari perkataan Yunani dimana :
"epi" - berkenaan
"demos" - orang
"logos" - ilmu

Definisi Epidemiology

Epidemiology adalah satu cabang ilmu yang mengkaji taburan penyakit dan faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan dalam masyarakat atau kelompok manusia.

Terminologi dalam Epidemiology

Epidemic
- Sebarang penyakit yang melibatkan ramai orang di merata - rata tempat di sesuatu negeri pada masa yang sama.
#contoh : Kolera -> Kelantan

Endemic
- Hanya berlaku pada segolongan orang dan sesuatu tempat sahaja.
#contoh -> penyakit demam denggi ( 3 orang di sekitar Taman Budi Emas)

Pandemic
- Istilah yang digunakan apabila sesuatu epidemic merebak di merata tempat melibatkan banyak negara dalam dunia
#contoh -> Severe Acute Respiratory System (SARS)

Incubation Period
- Merujuk kepada masa mikroorganisma memasuki tubuh sehingga timbulnya tanda tanda penyakit. (Masa pengeraman)

Barrier Nursing / Rawatan Pengasingan
- Satu teknik rawatan yang digunakan untuk mengelakkan jangkitan merebak dari pesakit kepada orang-orang lain apabila merawat pesakit yang menghidap penyakit berjangkit di wad terbuka

Susceptibility
- Keadaan mudah/senang diserang jangkitan
#contoh : orang yang mempunyai pertahanan badan yang lemah lebih cepat dijangkiti berbanding dengan yang lain

Concurrent Disinfection
- Langkah-langkah disinfeksi yang dijalankan sepanjang masa pesakit masih mengidap sesuatu penyakit berjangkit

Terminal Disinfection
- Langkah - disinfeksi yang dijalankan di akhir rawatan setelah pesakit disahkan bebas dari penyakit tadi ataupun setelah ia keluar dari hospital ataupun ia telah meninggal dunia

Oppotunistic Infection
- Infeksi yang berlaku kepada hos yang menghidapi gangguan sistem imuniti

Pengkajian Dalam Epidemiology

@ Penyakit / infeksi yang berlaku @
#contoh : adakah ianya penyakit paru-paru seperti PTB, atau penyakit bawaan vektor seperti Malaria?

Mangsa penyakit @
- Adakah kanak-kanak atau orang dewasa?
- Adakah lelaki atau perempuan?
- Mempunyai pertahanan badan yang kuat atau lemah?

Tempat berlaku @
- Adakah di bandar atau luar bandar?
- Adakah di sekolah atau di restoran atau di rumah? (biasanya penyakit yang melibatkan makanan)
- Adakah di musim panas atau musim sejuk? (Kebiasaannya penyakit biasa merebak pada waktu sejuk)

Masa penyakit ini berlaku @
- Bulan apa?
- Siang / Malam?
- Musim panas / musiam sejuk / musim tengkujuh?

Mikroorganisma yang menyebabkannya  @
#contoh: adakah bakteria, virus, protozoa atau fungi

Langkah-langkah untuk mencegah rebakan  @
- rawatan pengasingan
- ubatan tertentu
- vaksin / imuniti (contohnya , BCG untuk mencegah Tuberkulosis)





Bola - penghibur jiwa yang lara

07.03.2012 [8.47pm] [Wenesday]

Hari ini agak memenatkan. Dari duduk menghadap Che Lappy, lebih baik aku keluar sekejap untuk melepaskan perasaan (cewah). Assignment yang melambak menghambat kepala otak aku untuk terus melupakan hal yang lain. Itu pun kerana pelawaan oleh Miz Jivi yang mengajak aku bermain badminton sebenarnya, tapi akhirnya aku tetap melencong ke padang futsal. Susah untuk aku lupakan bola dan pintu gol ni sebenarnya. Banyak kenangan yang aku cipta di padang menyebabkan aku berfikir 2 3 kali untuk berhenti bermain. :p Ditambah lagi kepercayaan yang diberikan oleh couch untuk memantau pergerakan budak baru.

Dalam dewan kuliah? - Macam biasa, aku mengantok, kecuali subjek Puan Zu dan kelas Puan Shidah. Haha.. So, ari ni aku sibuk melukis otak, siap warnakan sekali pulak tu. Itu yang aku agak terhibur dari mengingat masa lampau ku.



Comel tak otak aku ni? :p

Bercerita tentang masa lampau, entah bagaimana semalam, aku terjumpa balik gambar berserta profile fb insan yang pernah menjadi sangat penting dalam hidup aku sesuatu masa dahulu. Insan yang bagiku sangat baik dan memahami. Insan yang bagiku kasih sayang tidak mungkin aku dapat cari di mana mana, kehadirannya menyebabkan aku sanggup memilih kemiskinan dari harta yang melimpah-ruah, aku sanggup menjadi susah hanya kerana sayang dan cinta, sehingga lah aku mendapat tawaran berkerja di Putrajaya pada 16.12.2008. Aku pergi demi sebuah masa depan, memang aku tinggalkan dia, aku katakan padanya aku tidak sanggup menjadi isteri nombor dua walaupun aku sangat menyayanginya. Dia terkilan, dia katakan aku manusia yang lupa diri, bagaikan kacang lupakan kulit. Tapi semalam, semuanya terdedah, aku ingatkan setelah pemergian aku, dia akan berubah. Namun itu hanya impianku yang tidak akan menjadi kenyataan. Malah lebih teruk daripada apa yang aku bayangkan. Dan aku terasa sangat sedih melihat keadaan sebegitu. Sangat sedih. Sedih kerana aku tidak tahu menilai personaliti orang lain, sedih kerana selama ini aku menganggap dia adalah insan baik yang aku buang. Selama ini, aku menanggung rasa bersalah kerana meninggalkannya, dan kini aku sedar, memang selayaknya aku meninggalkan dia dulu. Dia bukan yang terbaik.

Hurmm.. merapu je la aku ni. Biarlah.. lelaki memang susah untuk dipercayai.

Tuesday, March 6, 2012

Cinta Itu Ketawa dan Airmata

06.03.2012 [11.52pm] [Tuesday]

Setiap malam ku dihantui mimpi sehingga menyebabkan aku tidak mahu tidur malam. Aku takut untuk bermimpi. Bukannya bermakna bila aku katakkan aku bermimpi ngeri aku dikejar hantu. Tidak sama sekali. Cuma setiap kali bermimpi, aku akan bermimpi kehilangan seseorang yang sangat penting dan sangat aku sayang, menyebabkan aku seringkali terbangun. Benar, kali ini dugaan yang aku terima sangat mengganggu kehidupan aku.

Mujurnya aku maasih ada kawan kawan serumah yang sentiasa mengambil berat walaupun aku tidak pernah bercerita mengapa aku kelihatan sangat teruk. Aku tidak turun lagi untuk futsal aku, kehidupan aku seolah olah kembali kepada 3 tahun yang lepas. Yang mana masa ku habiskan dengan menghadap laptop dan blog. Seperti yang aku katakan, sekiranya post aku berlambak, bermakna aku memang sangat memerlukan seseorang untuk aku sandarkan kepala.

Setiap hari hati merintih kesedihan namun air mata tidak mampu aku keluarkan. Setiap kenangan memutar kembali dalam ingatan aku. Sungguh aku terseksa. Sungguh aku sakit. Tapi, apakan daya, itu yang aku mahukan. Itu yang aku pilih, cara hidup mengikut cara ku sendiri. Ingin dicintai dan diberi perhatian sehingga aku tega menghancurkan hati orang lain. Kejamnya aku. Saat ini, sekali lagi aku terasa ingin melarikan diri daripada masalah. Balik ke tempat asal ku, kemudian berpura pura tiada apa yang berlaku semasa aku berada di Malaya.

Aku mula takut aku akan tiada apa apa. Rumitnya hidup dek kerana ketidaksabaran aku. Kemana lagi harus aku melangkah, aku statik. Cuma aku mengharapkan sisa keimanan yang ada agar aku tidak menelan sembilan paket panadol active fast yang aku beli di stesen petronas itu. Semoga dia tabah menghadapi kehidupan yang begitu pahit sekali untuk diterima akal. Maafkan aku. Terlalu lambat bila dia menyatakan semuanya, aku telah pun melakukan kesilapan yang besar dan nyata.



Monday, March 5, 2012

High Risk Pregnancy

Definisi : 
  1. Keadaan yang mengancam dan memburukkan kesihatan ibu dan fetus semasa antapartum, intrapartum atau postpartum
  2. Boleh menyebabkan kematian dan kecacatan sama ada kepada ibu atau bayi.
Cara mengesan High Risk Pregnancy
  • Pengambilan sejarah / latar belakang ibu. Contohnya :
# Sejarah obstetrik lalu dan semasa
# Sejarah Medical
# Sejarah Surgikal
# Sejarah Sosial
# Sejarah Medikal Keluarga
  • Pemeriksaan Fizikal - dari hujung rambut ke hujung kaki untuk mengesan gejala tanda awal High Risk Pregnancy. Contohnya spoon shape menunjukkan ibu mungkin mengalami Anemia
  • Pengambilan tanda tanda vital, contohnya tekanan darah untuk mengetahui sama ada ibu tersebut mengalami Hypertension
  • Pemeriksaan jantung dan paru-paru oleh Medical Officer untuk mengesan kegagalan fungsi jantung dan masalah berkenaan dengan sistem pernafasan.
  • Penilaian semasa lawatan klinik dan tarik susulan antenatal
Usia Kandungan  Kekerapan Lawatan
0/52 - 28/52
1 bulan sekali
28/52 - 36/52
2 minggu sekali
36/52 - Term
1 minggu sekali
  • Penyelidikan makmal ; Contohnya :
# Ujian Urin untuk mengesan kehadiran keton & glukosa (Pre-eclampsia & GDM)
# Ujian Darah untuk mengesan kehadiran VDRL, HIV atau untuk menilai kepekatan darah ibu melalui ujian HB

Faktor - Faktor menyebabkan High Risk Pregnancy
  • Faktor Fizikal
# Primigravida berusia >35 tahun - risiko mendapat bayi Syndrome Down
# Primigravida berusia <17 tahun - sistem reproduktif belum matang
# Ketinggian kurang dari 145cm - berkemungkinan mempunyai masalah Cephalo Pelvic Dispropotion (CPD)
# Obesiti > 80 kg - berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan kepada sistem muskuloskeletal
  • Parity
# Semua primigravida - keadaan pelvic yang tidak diketahui
# Grandmultigravida (G6 ke atas) - otot uterus kendur (lax) - menghalang kontraksi yang boleh mengakibatkan Postpartum Haemorrhage
  • Jarak Kelahiran
# < 2 tahun - kesihatan ibu belum sempurna
# > 5 tahun - tidak dapat meramal tindakan uterus dan otot pelvic
  • Sejarah Obstetrik yang Lalu
# abnormal pregnancy - contohnya PIH, PPH
# abnormal labor - preterm/prolonged/precipitate (kelahiran yang tiba-tiba), instrumental delivery
# Komplikasi 3rd Stage - Uterine Inversion, PPH, Retained Placenta / MRP
  • Fetal / Neonatal Komplikasi
# Big Baby - > 4kg
# Malformation ; eg : anencephalic ( tiada tengkorak)
# Intrauterine Death (IUD)
# Premature baby
# Still birth
# Birth asphyxia
  • Laserasi / Trauma 
# Cervical tears
# 3rd degree tear - melibatkan anal spintal dan rectum
  • Komplikasi Pueperium
# Pueperal sepsis - terjadi akibat urin yang ditahan menyebabkan ascending infection
# Pueperal psychosis (meroyan)

  • Sejarah Medical
# Mental illness
# Penyakit jantung

  • Faktor sosial-ekonomi
# Single mother / ibu tunggal
# Kemiskinan
# Tiada @ lewat jagaan antenatal
# Kehamilan yang tidak dirancang
# Taraf pendidikan yang rendah
  • Tabiat
# Merokok - boleh menyebabkan IUGR
# Pengambilan alkohol - boleh menyebabkan fetall alchohol syndrome
# Penagih dadah
  • Masalah Kandungan Semasa
# Multiple pregnancy
# Polihidramnior
# Leaking Liquor
# Postmature / Postdate
# APR
# Labor Pramasa

Guess Me

Katakan Perkara yang telah berlaku tidak mungkin dapat dikembalikan lagi.. Ibarat cinta yang tidak kesampaian


Miz PheoNix